Friday, November 11, 2011

Wasiat Imam Syafie (Bahagian 9)

KESEMBILAN: HAK KEPADA NABI S.A.W.
Iaitu:
1. Berselawat ke atasnya
2. Berpegang kepada syariat
3. Bergantung kepada sunnah (Hadis)
4. Menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari Allah.

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya:
"Dan sesiapa berselawat kepadaku sekali, nescaya Allah akan selawat ke atasnya 10 selawat, menghapuskanya sepuluh kejahatan (dosa) dan mengangkatnya 10 darjat." (Hadis Riwayat Bukhari, Ahmad, Nasa'i dan Al-Hakim)

Dari Anas bin Malik r.a. katanya, Rasulullah S.A.W. telah berkata kepadaku:
"Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! "Kemudian baginda menyambung pula: "Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barang siapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barang siapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga!" (Hadis Riwayat Tarmidzi)

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda dalam hadisnya yang bermaksud:
"Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling cinta menyintai adalah seperti sebatang tubuh, apabila salah satu anggota tubuhnya berasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasai akan kesakitannya." (Hadis Riwayat Muntafaq "Alaih)


Note: Bahagian 10 akan bersambung minggu hadapan

Petikan ini diambil dari risalah Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq (Bil. 3/2011 Mei/Jun bersamaan J.Awal/ J.Akhir/ Rejab 1432H)


No comments: