KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu:
1. Tidak berdusta
2. Berkata benar
3. Meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar." (Surah at-Taubah 119)
Orang yang bersifat benar ialah orang yang baik, berbudi bahasa, berakhlak dan mengamalkan budaya hidup terpuji, bukan orang jahat serta suka berdusta.
Nabi berwasiat pada Sayidina Ali: "Wahai Ali! Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga:
1. Jika berbicara selalu dusta
2. Jika berjanji selalu ingkar
3. Jika bersumpah selalu khianat."
Firman Allah S.W.T. maksudnya:
"Dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya seksa yang menghinakan." (Surah al-Nisa' ayat 14)
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya:
"Agama adalah nasihat." Kami berkata: "Kepada siapa?"
Baginda bersabda maksudnya:
"Kepada Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan kepada pemimpin kaum muslimin dan rakyatnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Note: Bahagian 5 akan bersambung minggu hadapan
Petikan ini diambil dari risalah Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq (Bil. 3/2011 Mei/Jun bersamaan J.Awal/ J.Akhir/ Rejab 1432H)
No comments:
Post a Comment