Friday, October 28, 2011

Wasiat Imam Syafie (Bahagian 7)

KETUJUH: HAK KEPADA MALIK (MALAIKAT PENJAGA NERAKA)
Iaitu:
1. Menangis lantaran takut kepada Allah S.W.T.
2. Berbuat baik kepada ibubapa
3. Bersedekah ketika terang-terangan serta bersembunyi
4. Memperelok akhlak.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya:
"Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi muka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seseorang daripada sesuatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Hadis riwayat Abdullah bin Umar r.a., ia berkata:

Seseorang datang menghadap Nabi S.A.W. memohon izin untuk ikut berperang.

Nabi S.A.W. bertanya: Apakah kedua orang tuamu masih hidup?
Orang itu menjawab: Ya
Nabi S.A.W. bersabda: Maka kepada keduanyalah kamu berperang (dengan berbakti kepada mereka). 

(Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
"Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su'ul khatimah)." (Hadis Riwayat al-Turmuzi)


Note: Bahagian 8 akan bersambung minggu hadapan

Petikan ini diambil dari risalah Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq (Bil. 3/2011 Mei/Jun bersamaan J.Awal/ J.Akhir/ Rejab 1432H)

No comments: