Friday, October 14, 2011

Wasiat Imam Syafie (Bahagian 5)

KELIMA: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMALAN PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu: Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlas amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

Sabda Nabi S.A.W. lagi yang bermaksud:
"Tiada seorang pun yang meneguk satu tegukan yang lebih agung pahalanya daripada tegukan berupa kemarahan yang ditahannya semata-mata mengharapkan keredhaan Allah Taala." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya:

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya Allah S.W.T. Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan Allah S.W.T. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut dimana mereka melinkungi nya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malaikat naik ke langit."

Firman Allah S.W.T. maksudnya:
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu wahai Muhammad dengan membawa kebenaran, oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya."

Note: Bahagian 6 akan bersambung minggu hadapan

Petikan ini diambil dari risalah Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq (Bil. 3/2011 Mei/Jun bersamaan J.Awal/ J.Akhir/ Rejab 1432H)

  

No comments: