Friday, October 21, 2011

Wasiat Imam Syafie (Bahagian 6)

KEENAM: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu:
1. Membuang tabiat suka mengumpat
2. Warak 
3. Suka membantu orang beriman
4. Suka berjemaah.

Jabir dan Abu Sa'id menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Awaslah dari mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras dari zina. Sesungguhnya seseorang itu berzina ia bertaubat, maka Allah S.W.T. menerima taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang mengumpat, tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampuni oleh orang yang diumpat." (Hadis Riwayat Ibn Abid Dunya)

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya." (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya:
"Memperkatakan nikmat ALlah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab." (Hadis Riwayat Ahmad dan Musnad Ahmad)


Note: Bahagian 7 akan bersambung minggu hadapan

Petikan ini diambil dari risalah Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq (Bil. 3/2011 Mei/Jun bersamaan J.Awal/ J.Akhir/ Rejab 1432H)

No comments: