Wednesday, September 21, 2011

5 Situasi Lelaki Boleh Melihat Perempuan

Ustaz Ahmad Sondji Mohamad dalam tafsir surah an-Nur (24) muka surat 3384/85 telah memberi pandangan seperti berikut:

Adapun lelaki yang melihat perempuan kerana sesuatu hajat seperti berikut:

- Mengubatinya.

- Memberi pelajaran yang fardhu ain.

- Menjual beli.

- Menjadi saksi.

- Kerana meminangnya.

Tidaklah Hram; Itupun yang dibenarkan setakat bulatan muka dan tapak tangan. Dan hukumnya masa mengubati dibenarkan melihat anggota yang diubati setelah mendapat keizinan.

Ini bermakna tayangan rakaman Forum Perdana dan yang seumpamanya yang disertai Ustazah dalam dewan solat masjid tidak dianggapkan salah oleh kerana:

- Ia bertujuan memberi pelajaran yang fardhu ain.

- Ustazah itu berpakaian menutup aurat dan hanya muka dan tangan didedahkan.

Petikan ini diambil dari risalah Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq (Bil. 3/2011 Mei/Jun bersamaan J.Awal/ J.Akhir/ Rejab 1432H)

No comments: