Nafkah
Daripada Abu Mas'ud Al-Badri r.a., daripada Nabi Muhammad S.A.W. sabdanya:
"Apabila seorang muslim memberi nafkah kepada keluarganya kerana Allah, maka pahala nafkahnya itu sama dengan pahala sedekah".
Bersedekah
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Setiap anggota tubuh manusia mempunyai kesempatan untuk bersedekah tiap-tiap hari, seperti:
- Mendamaikan dua orang yang berselisih.
- Menolong orang naik kenderaan atau menolong mengangkat barangannya keatas kenderaan.
- Ucapan atau tuturkata yang baik.
- Setiap langkah yang anda langkahkan pergi solat.
- Menyingkirkan sesuatu yang membahayakan dijalanan umum.
Subhanallah banyak sungguh cara untuk kita bersedekah. Ini mungkin sebahagian yang disebut. Ada lagi bentuk-bentuk sedekah yang lain. Semoga Allah memberi kita petunjuk dan RahmatNya untuk menberi sedekah. Insyallah...
Petikan ini diambil dari risalah Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq (Bil. 3/2011 Mei/Jun bersamaan J.Awal/ J.Akhir/ Rejab 1432H)
No comments:
Post a Comment