Gua sebenarnya dah lama tak menulis cerita yang agak merapu. Hari ini macam nak cerita merapu. Tapi bukanlah merapu sangat. Lepas tu cerita ini tak adalah panjang sangat. Again cerita ini sebenarnya agak mistik dan penuh dengan tanda tanya.
Ceritanya begini, pada hari Ahad yang lepas di sebuah rumah (rumah gua sebenarnya) pada jam linkungan 7.35 am. Pada malam sebelumnya gua turn on the aircond supaya tidur gua lebih nyaman dan sejuk dan selesa dan penuh kondusif. Memang betul gua tak tipu bilik gua memang amat kondusif. Kalau boleh nak berbaringan sahaja sehari suntuk. Berbalik kepada cerita asal. Setiap kali gua buka aircond untuk tidur malam, setiap kali jugalah gua akan tutup jam 7.35 am.
Pada hari Ahad itu seperti biasa jam 7.35 am gua bangun dan tutup aircond terus switch on kipas. Terdengar bunyi orang didalam bilik air sedang mandi or sedang ambil wudhu or sedang cebok berak gua tak pasti yang mana satu. Jadi gua sambung tidur balik. Bangun balik jam 10.30am terus siap-siap sebab nak pergi jalan-jalan di OU.
Dalam perjalanan ke sana gua bertanyakanlah housemate gua yang menggunakan bilik air sama "Awal kau bangun and mandi harini?". Bila plak dia menjawab. Pukul tujuh lebih kau guna bilik air kan? Tak adalah. Mana ada. Aku bangun pukul 9 lebih tadi. Gua tak puas hati, gua bertanyakan berbagai jenis soalan dan mengemukakan banyak cadangan. Tapi buntu. Jadi siapakah yang menggunakan bilik air pagi itu? Inilah keadaan yang misteri membingungkan gua.
No comments:
Post a Comment