Friday, September 23, 2011

Wasiat Imam Syafie (Bahagian 2)

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu:
1. Mengada kewajipan-kewajipan yang tertinggal
2. Mendapatkan maaf daripada orang yang dizalimi
3. Membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.


Bersabda Nabi S.A.W. maksudnya:
"Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, baik berupa kehormatan badan, harta atau lainya hendaknya segera meminta halal (maaf) nya sekarang juga sebelum datang suatu hari yang tiada harta, dinar atau dirham, yang dapat menebus dosanya. Jika ia punya amal soleh, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanat (kebaikan), maka diambil dari kejahatan orang yang dianiaya untuk ditanggungkan kepadanya." (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim)


Rasulullah S.A.W. pernah menasihati umatnya agar sentiasa bertaubat kepada Allah: "Wahai sekelian manusia:
1. Bertaubatlah kamau kepada Tuhan sebelum kamu mati.
2. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk beramal dan berbakti sebelum masa kamu dipenuhi oleh urusan dan kerja.
3. Wujudkanlah satu pertalian antara kamu dengan-Nya, dengan memperbanyakan mengingati-Nya (zikrullah)"

Note: Bahagian 3 akan bersambung minggu hadapan

Petikan ini diambil dari risalah Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq (Bil. 3/2011 Mei/Jun bersamaan J.Awal/ J.Akhir/ Rejab 1432H)

No comments: