Friday, September 30, 2011

Wasiat Imam Syafie (Bahagian 3)

KETIGA: HAK KEPADA KUBUR
Iaitu:
1. Meninggalkan tabiat suka menabur fitnah
2. Membuang tabiat kencing merata-rata
2. Memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
"Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda:
"Bersih-bersihlah kamu daripada kencing sebab umumnya seksa kubur itu kerana kencing. (yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya).

Firman Allah S.W.T. maksudnya:
"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "solat Tahajud" padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkan pada hari akhirat di tempat yang terpuji." (Surah al-Israa' ayat 79)

Note: Bahagian 4 akan bersambung minggu hadapan

Petikan ini diambil dari risalah Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq (Bil. 3/2011 Mei/Jun bersamaan J.Awal/ J.Akhir/ Rejab 1432H)

No comments: