Imam al-Nawawi dalam buku beliau al-Majmu menjelaskan bahawa berdoa dalam solat tidak membatalkan solat. Namun beliau menyebut ada dua jenis doa yang dapat tergambar ketika seorang solat iaitu doa dalam bahasa Arab dan doa yang bukan dalam bahasa arab. Adapun doa dalam bahasa Arab yang pernah diajar oleh Rasulullah S.A.W., ulama sependapat mengenai kebolehannya. Sedangkan doa yang tidak pernah diajarkan oleh Nabi S.A.W. walaupun dalam bahasa arab, maka ulama berbeza pendapat mengenai boleh dan tidaknya.
Solat adalah ibadat murni kerana cara dan bacaannya diajarkan supaya mengikut Nabi S.A.W. seperti dalam hadis:
"Solatlah sebagaimana kamu melihat aku solat".
Doa yang baik pernah diajar Nabi S.A.W., ataupun yang tidak pernah diajarkannya, adalah dibolehkan dalam bahasa Arab atau bahasa selainnya. Bukankah Nabi S.A.W. mengajarkan dalam satu hadis bahawa:
"Sedekat-dekat seseorang kepada Allah, adalah pada ketika ia sujud. Oleh itu perbanyakkan berdoa ketika itu." (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan an-Nisa' melalui Abu Hurairah).
Apabila seseorang mengucapkannya doa bukan dalam bahasa Arab ketika dalam solat, maka ia membatalkan solatnya. Memohon perlindungan Allah yang berhubung hal keluarga dan harta benda, sebaiknya dilakukan sesudah selesai solat, (bukan dalam solat) apatah lagi doa itu bukan daripada bisikan hati tetapi diucapkannya (walaupun yang mendengarnya seorang diri).
Wallahualam...
Petikan ini diambil dari risalah Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq (Bil. 3/2011 Mei/Jun bersamaan J.Awal/ J.Akhir/ Rejab 1432H)
Petikan ini diambil dari risalah Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq (Bil. 3/2011 Mei/Jun bersamaan J.Awal/ J.Akhir/ Rejab 1432H)
No comments:
Post a Comment