Adab Murid Terhadap Guru
Mengikut Imam al-Ghazali
- Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan mencium tangan sebagai tanda penghormatan ikut jantina.
- Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
- Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
- Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
- Jangan mengumpat pelajar lain.
- Jangan berbisik di hadapan guru.
- Jangan berpaling kiri dan kanan.
- Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
- Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
- Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
- Rujuk guru dalam memilih ilmu.
- Jangan duduk di tempat guru.
- Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
- Jangan ketuk pintu berulang kali sehingga guru keluar menemuinya.
- Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemungkarannya.
- Muliakan anak-anak guru.
Semoga info ini berguna kepada pembaca Insyallah...
Petikan ini diambil dari risalah Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq (Bil. 3/2011 Mei/Jun bersamaan J.Awal/ J.Akhir/ Rejab 1432H)
Petikan ini diambil dari risalah Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq (Bil. 3/2011 Mei/Jun bersamaan J.Awal/ J.Akhir/ Rejab 1432H)
No comments:
Post a Comment