Thursday, December 24, 2009

Gambaran Padang Mahsyar

Di ambil dari note Friend dalam Facebook. Sekadar untuk di kongsi bersama.

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala
(bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a. s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar
(umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit- bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( ??? ) kepunyaan Nabi Muhammad s. a. w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi
(tidak diketahui orang ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a. s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a. s., Nabi Ibrahim a. s., Nabi Musa a. s., Nabi Isa a. s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a. s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s. a. w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
15. ‘Arasy ( ??? ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
16. Kursi ( ???? ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s. a. w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s. a. w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s. a.. w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan
5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:

Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura
2004.

Monday, December 14, 2009

Cerita Agak Merapu v.02

Found this funny stuff dari FB friend..dia letak kat status..membuat para pembaca tersenyum..hehe..

"puas nak melayan soalan rakan iaitu menamakan 10 jenis buah tempatan yg bermula dgn huruf 'N'.. Pak MB cuma dapat Nangka, Nona, Nenas.. Bagi dia mudah aje ler.. sebab.. dia sengau.. di mana semua buah (baginya) bermula dgn huruf 'N'.. Nurian.. Nambutan.. Nangsat..Nempedak, Nuku.. etc.."

Laaayaaanzzz...

Wednesday, December 9, 2009

Penat Weih!!!

Ada perasaan menyesal jugak tadi balik lambat..bukan apa..balik awal rumah nanti mesti nak tido jap..dahlah time2 Maghrib..Ishkk..Ishhkk..Ishkkk..

*Pengajaran dari minggu ini..nak gi main FUTSAL..sile balek awal..utk rilex..tp kalau balik kerja kul 8pm..sila bawa baju persalinan terus..hehe..sebelum gi main FUTSAL (kena letak nih..kalau tak Ijad salah paham..haha) lakukan seperti harini..beli milo ngan roti choc..untuk alas perut..taklah pengsan nanti tengah2 maen kan..Lunch hour silalah makan nasi campur yg bertimbun..untuk tenaga..kalau boleh bertolak pas Isyak..sempat tuh sampai..20mins je dari umah..OK? (ini peringatan untuk diri sendiri tau..org laen cume bace je..jgn ikut..haha)

Habis lenguh satu badan..pinggang tergiliat..tangan & sendi2 terkedu..otot (tak usah citerlah..semakin bertambah naek..ala2 tegap lah orang kata..haha)..perut dah kempis (berangan lagi..)kesan lebam akibat dirembat diperut kelihatan..hahaha..tp tak patah semngat..minggu depan musti join lagi (kalau kewangan mengizinkan).

Anyways..harini agak FUN..cause dah lama tak meMUTSALkan diri..tp dalam2 FUN maseh ade kesedihan..itu kite citer nantilah ehh..TaTaaa...

Tuesday, December 8, 2009

New Job Environment

Hello..As promised before..I am going to write a little bit on my "New Job Environment" in this entry..

My employment history as of December 08, 2009:
  1. Accenture (Technology Solutions Workforce)
  2. NorthgateArinso
  3. Accenture (Outsourcing Workforce)
I started at my new job on December 1st, 2009. With Accenture (different workforce from previous). Dulu punya kemain kutuk Accenture sebab dia orang tak absorb permanent (orang yang tak gi project duduk on the bench siap dapat permanent tuh..sorry awak..hehe) tapi zaman berubah, masa pun berubah, orang lagilah banyak berubah..hehe..

So on the 1st day..it was OKlah..Managed to wole up early..as early as 6 am tuh..then report in at KL Sentral..around 11 am went to site office at Menara TM (where all the action are supposed to be..hehe).
Got a Buddy named Afzal, 1st day I already gotten a free lunch..Pizza Hut..Nyum..Nyum..

What is a BUDDY??
A BUDDY is a program manufactured (nampak gempak..manufactured tuh) to help new joiners blend in with the people, the job scope, job responsibilities, the BUDDY will show you just about everything from A - Z..(I did say just about everything..there is still things that we need to learn ourselves). So yeah!!!that's a BUDDY. And on Wednesday (3rd day kerja) dapat lagi free lunch..It is part of the program..Trained all the workers to become absolutely FAT!!!.

For the 1st week..nothing much to be said..quite boring cause no real action..simple-simple task were given..learning on the pace of baby feet..so you imaginedlah kan..I evendidn't get my SAP ID yet..ohh by the way it is much more different than testing..I think I like this better..hehe..more adventurous..haha..

I would be lying..It's all about the money..Yeah baby!!!hehe..
So far so Good at my new place..Wish me all the Best!!!
cccIiioooooWWW!!!!!

Monday, December 7, 2009

Terjemahan v.01 [Surah Al-A'laa]

Sambil mendengar bacaan Shaikh Mishary Rashid Al-Afas. Alunan ayat-ayat suci Al-Quran. Malam ini tertarik dengan Surah Al-A'laa. Kemerduan suara sang pembaca menenangkan hati. Mari kita lihat terjemahan Surah Al-A'laa:-
[1]
Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), -
[2]
Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;
[3]
Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);
[4]
Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak,
[5]
Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering - (berubah warnanya) kehitam-hitaman.
[6]
Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,
[7]
Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi.
[8]
Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Ugama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.
[9]
Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);
[10]
Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;
[11]
Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,
[12]
Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),
[13]
Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.
[14]
Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),
[15]
Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
[16]
(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
[17]
Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
[18]
Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, -
[19]
Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.
 
Sedang berusaha menghafaz surah ini. Insyallah..Semoga Allah memberikan kecerdasan kepadaku untuk mengamalkannya.

Sunday, December 6, 2009

The Twilight Saga: New Moon



Hello all..Yup!!!Yesterday went & watched this movie..Aiseyman!!!Fantastico!!!Really good onelah..

OK!This is the second movie for the Twilight Saga called the New Moon..The first one will be the Twilight..Let's make a comparison shall we..

Twilight:
This is the 1st installation of the Saga..it was ordinary back then..nothing impressive..very dull..very slow..and I can live with it just watching once at the cinema..
New Moon:
Compared to Twilight..This one is much better..worth watching so many times..It has action, great CGI, good drama, comedy, romance..New Moon got all the package..Fascinating & Marvelous..Well this just me giving my opinion..If you guys don't like it then it's too bad..Hehe..

What about the plot?
Go and watch lah..I am not going to spoil it for you..Go!Go!

2 thumbs up weih!!!So 5 POPCORN should be appropriate..WOooT!WooOT!

Saturday, December 5, 2009

PAPAN NOTIS! [Birthday Shoutout December 2009]

Yup!!!Yup!!! 1st entry in December..I know..pelik kan dah lama tak update..this is just lepas gian sebab dah lama tak memblogkan diri..Untuk 1st day kerja di tempat baru akan diupdate tidak lama lagi..ini nak wish mereka yang ada birthday untuk bulan Disember ini..

Kita startlah untuk mereka yang sambut birthday harini:-
  1. Emil Aizat
  2. Farha Ismail
Mereka yang menyambut di bulan Disember:-
  1. Abang Awin (my sister)
  2. Alip
  3. Nabila Najat
  4. Nabila Halim
  5. Siapa lagi ekk??
Dan mereka semua yang menyambut hari lahir mereka dibulan ini..

Selamat Hari Lahir..Semoga Allah memanjangkan usia kamu semua dan dimurahkan rezeki..Amin