Tuesday, January 17, 2012

Ucapan Rasulullah Ketika Tiba Di Madinah

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Sudah lama rasanya saya tidak update blog ini. Biasalah alasannya sibuk. Tak habis-habis dengan kesibukkan dunia. Apa nak jadi dengan kita semua ini. Lebih pentingkan dunia dari hari pembalasan. Sempena dengan menyambut tahun baru 2012 ini saya ingin menyampaikan sunnah Rasulullah SAW. Setibanya baginda Rasulullah SAW di bumi Madinah beliau membuat ucapan sulung beliau dengan meninggalkan pesanan:

Rasulullah SAW bersabda: "Wahai umatku, sebarkanlah salam, jamu orang makan dan solat malam."

Jadi dengan izin Allah sempena tahun baru ini marilah kita menghidupkan sunnah Rasulullah SAW ini dengan memperbanyakkan memberi salam, bersedekah dan memberi makan dan juga marilah kita menghidupkan waktu malam dengan amal ibadat yang tidak putus-putus. Insyallah kita akan jadi orang yang berjaya.

No comments: