Tuesday, July 2, 2013

Aku Terima Nikahnya


Aku Terima Nikahnya adalah hasil rakaman pengalaman penulis (Ustaz Hasrizal Abdul Jamil) dalam membina damai kehidupan dalam berumah tangga. Ia menceritakan tentang PERANAN bersuami isteri dan mempunyai anak dan bukanlah perkahwinan itu sebagai satu HAK mutlak pada mana-mana pihak.

Antara petikan di dalam buku ini yang menyentuh hati saya pada muka surat 111 - 112, "Ya Allah, aku lemah, aku banyak dosa. Aku suka mengeluh, aku kerap lalai dan alpa. Ampunkanlah aku ya Allah. Ampunkan diriku dengan pengampunan oleh sifat-Mu yang Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ampun dan kasihanilah aku, mudah-mudahan tanpa banyak hisab, tanpa banyak syarat, sebagaimana ibu bapaku memaafkan aku tanpa syarat, mengasihiku tanpa mengharapkan balasan.

Ampunkan jua mereka, dan limpahkan Rahmah-Mu kepada mereka. Mereka mengasihiku tanpa syarat, Kau maafkan mereka dan limpahkan kasih sayang-Mu kepada mereka, tanpa hisab dan syarat.

Banyak lagi helaian-helaian yang memberi dea-idea bernas dan pengalaman yang boleh dijadikan iktibar kepada pembaca. Buku ini amat bermanfaat bagi mereka yang ingin memulakan rumah tangga dan menjadi ilmu tambahan kepada mereka yang sudah berumah tangga.

1 comment:

Nazhatulshima Nolan said...

Selamat mengamalkan apa yang dibaca! Akhirnya...Alhamdulilah! :) Tahniah sepupuku.