Bangun pagi seperti biase dalam kul 8am...check download yg hari ahad punye...YES!!!Prison Break yang Season 3 download Completed!!! Start download untuk Season 4 plak...dah settle gua gi amek tuala...terus mandi!!!jam menunjukkan jam 9am selepas abes mandi.
Dengan perut yang sedang menggerudi sebab tak breakfast lagi kumpulkan baju kotor yang weekend punye turun bawah dan basuh baju...(Hari Isnin lepas gua tak kerja, Brunei public holiday sempana Hari Merdeka dieorang yang ke-25...muda lagi rupenya Brunei ni).
Settle baju dimasukkan dalam washing machine naek atas...gua nyalakan sebatang rokok terus duduk depan laptop dan mula kan aktiviti surfing...cari movies yang boleh di download...setelah setengah jam spent mencari movies...hantar ke tempat pemprosesan mengdownload.
Jam sekarang menunjukkan jam 10.15am, cucuk external hardisk dan mula explore cerita apa yang sesuai ditonton sementara menunggu sehingga tengahari. Di dalam list movie, ada cerita bertajuk Der Utergang (mengisahkan tentang Hitler di saat2 getir kekalahan Nazi Germany...tak sempat habis tengok). Setelah 45 min berlalu, telefon rumah berbunyi dan memandangkan orang lain sedang nyenyak tidor di bilik masing-masing gua dengan gagahnya mengangkat.
Kedengaran suara Redondo di talian hujung sane, die memulakan dengan ucapan good morning (ingat gua tak tau lah taktik kotor dimulakan dengan suare yang baek dan intonasi suara yang seperti menginginkan sesuatu). "You need to finish the Test Execution file and send to me by today" itulah kata-katanya. Tersentap gua mendengar permintaan itu.
Apalagi gua pun bergegas (bukan gua je yang kena siapkan kerja...budak 2 orang tu pon kena gak!!!hahaha...) ke laptop dan terus sambung nengok movie tu...Hahahaha(gile ke apa telefon orang laen suruh kerja on a public holiday).
Gua layan movie tu sampai kul 12.30pm dengan harapan gua mampu menyiapkan kerja dalam mase 1 jam setengah sebelom bergegas ke Miri amek dak2 laen balek from KL. 12.30pm gua start wat keja...mak aih..sikit punye leceh kerja tuh...dengan perut kelaparan sebab tak makan dari pagi...dengan sungguh-sungguh membuat kerja...jam tepat menunjukkan jam 2pm...Shit!!!Gua tak mampu menyiapkan kerja..cume 25% je siap...Arghhhh...persetankan hal kerja...gua masuk bilik gi amek kunci kereta dan terus gerak ke Miri dengan harapan dalam kul 7pm sampai balik Seria sambung kerja kul 9pm boleh hantar.
2.10pm sampai simpang tige ke Sungai Tujuh/Kuala Belait and Tutong/Jerudong/Bandar Seri Begawan/Muara. Gua amek arah ke Sungai Tujuh, sampai di tol pertama pukul 2.20pm. Pemanduan pada hari itu amat sederhana kelajuan nya...dalam 120/130 kmph(walaupun tanda jalan menunjukkan 80km/h)
Sampai di check point brunei pukul 2.35pm, pemanduan yang hebat (terdetik di hati gua pada waktu itu) hal-hal di check point Brunei agak smooth mengambil mase dalam 2 minit sahaja. 2.37pm berjaya cross boarder sekarang berada di tanah jajahan Malaysia. Sampai di check point...tiada masalah yang timbul. Alhamdulillah seraya hati berkata. Dengan pantas gua accelerate pedal minyak kereta sampai ke Tol jambatan RM10(ia, tol disini harge RM10 sekali masuk or keluar).
Pemanduan dari tol RM10 sehingga ke simpang empat yg tidak muncul dalam peta yang telah dilukiskan Saiful membingungkan gua...gua tekad and nekad untuk terus sahaja(walaupun sebenarnya belok kiri pun boleh itu kalau nak ikut jalan gelombanglah) yang mana menerusi jalan ini gua akan ikut jalan pesisir pantai...kesilapan besar diwaktu begini ikut jalan pantai...panas terik tak ingat.hahaha...
Sampai di aiport Miri jam di tangan menunjukkan 15minutes pass 3..so perjalanan dari Seria, Brunei ke Miri, Sarawak mengambil mase lebih kurang sejam sahaja. Sewaktu di check point masuk Malaysia, kenderaan-kenderaan Brunei sudah mula sibuk memasukki ke arah Brunei kembali(dalam hati mengharapkan sewaktu pulang mengambil mereka dan ingin memasukki semula ke Brunei tidak memakan mase yang lame).
Setibenya di airport menanti ketibaan Maz and Mala...1st batch yang akan tiba di Miri dari KL, gua beli Famous Amos 3 bungkus berlainan rase...pastu gi 1901 makan Coney Dog. Mereka tibe jam 3.50pm tapi nak keluar tunggu beg and bagai diaorang kuar dalam 4.20pm. Kami mengambil keputusan untuk tunggu Saiful sampai dari KL around 5.15pm kat airport gak dan Maz belanja air di Starbucks(setelah 2 bulan memboikot minuman itu...tp sebab orang belanja and takda choice laen...minumla jugak 1 Grande Caramel Machiatto Hot To Go). Di kala menunggu Saiful sampai, sempatlah jugak survey tiket kat AirAsia nak balek ke KL nanti. Saiful sampai 5 minit awal, pukul 5.30pm dia dah siap checked out dan seterusnya mengambil alih pemanduan untuk pulang ke Brunei.
Perancangan sebenarnya pada hari Jumaat, selepas amek orang-orang di Miri akan bergegas pulang ke Seria dan terus ke Bandar amek Jaja and Shahida and Azhari akan mengambil Aisyoul and Abg Jamal(tak tau plak die balek hari Selasa). Tetapi setelah menempuh jam di Miri, kami mengambil keputusan untuk meminta pertolongan Azhari gio amek orang-orang yang turun di Bandar yang akan tiba jam 8.10pm.
By the time sampai kat tol RM10 dah pukul 7pm yang semestinya tak sempat kalau nak amek orang di Bandar. Naseb baek dah bagitau Azhari awal-awal, sampai je kat tol jam sejauh 5km untuk masuk boarder Malaysia Brunei. Kiteorg nak sampai from the tol at 7pm to stamp passport at the Brunei side it took us 1 hour 45 mins. Jauh dia cume about 5-7km.
Perut dah lama berkeroncong lagu Beriyani Kambeng...Saiful pun apa lagi tekan pedal minyak sampai tenggelam memecut dalam hujan ke Kuala Belait untuk dinner kat kedai Thailand. Tak ingat lah nama kedai. Makanan dia biase jela...dan Saiful belanja(itu yg penting..hehe). Habis makan dalam kul 10pm tiba-tiba dapat SMS dari Jaja yang dieorang land kat KK sebab Bandar hujan lebat tak boleh land kat situ. Terusla kelam kalibut call sane sini nak tau perkembangan.
Memandangkan orang di KK tak tau bile nak gerak ke Brunei, plannya ialah tinggalkan satu kereta di airport Brunei kunci letak kat bawah tayar dan satu lagi kereta balik Seria. Dari Seria ke Bandar memakan mase selama lebih kurang sejam kalo bawak dalam 120/130km/h tapi kiteorg bawak lebih dari itu.Hahaha...
Mission sterusnya nak amek Azhari kat Bandar sebab Abid tak follow, pas makan antar the girls balek dulu then gua and Saiful(die drive dulu) terus ke Bandar amek Azhari. Dari Seria kul 10.30pm sampai airport dalam kul 11.20pm. Pastu perut gua plak buat hal, sampai airport tanpa membuang masa cari bilik air dan melabur saham(TERBAIK!!!). Dari Bandar gua bawak balik ke Seria, dengan pecutan tahap DEWA(tapi kelemahan di jalan gelap terpaksa slow down lagipun jalan basah) berjaya sampai kat apartment kami di Seria kul 12.40am.
Tanpa membuang mase, sampai umah salin baju terus tidor...hari yang amat Tragis sewaktu bekerja di Brunei. Hari yang amat meletihkan jugak!!!Huhuhu...
No comments:
Post a Comment