Sunday, June 5, 2011

Manusia Ini ada 5 Amalan yang Berpanjangan Pahalanya

Nabi Muhammad bersabda manusia ini ada 5 amalan (yang pahalanya berpanjangan):

1. Orang yang memberi kerana Allah. (Memberi kerana Allah ada 3)
    i.  Sedekah (Sedekah pula terbahagi kepada 2)
        Sedekah Wajib iaitu Zakat
        Sedekah Sunat iaitu seperti sedekah kepada masjid, memberi makan kepada orang lain dan wakaf.
    ii. Hadiah
    iii.Hibah - bermaksud pemberian.

2. Orang yang tidak memberi kerana Allah
    Apakah maksudnya ayat berikut?Ia bermaksud orang tidak memberi kerana Allah kerana takutkan
    sekiranya dia memberi pemberian beliau itu akan digunakan untuk perkara-perkara maksiat.

3. Orang yang kasih kerana Allah
    Apa itu orang yang kasih kepada Allah? Iaitu orang yang hormat kepada orang lain, orang yang suka
    tolong kepada orang lain, orang yang sayang kepada kebaikan dan orang yang suka menghiburkan hati
    orang lain dengan berbuat kebaikan (tidak melibatkan perkara-perkara maksiat).

4. Orang yang benci kerana Allah
    Maksudnya bukan kita benci badan tubuhnya seperti mengatakan hitamnya dia, gemuknya dia atau
    kurusnya dia kerana haram hukumnya. Apa yang kita boleh benci keran Allah ialah dengan perangainya.
    Perangai yang macam mana?Yang suka merompak, mencuri atau perkara-perkara maksiat dan yang
    dilarang.

5. Orang yang bernikah kerana Allah
    Apakah maksudnya? Iaitu hidup suami isteri dalam penuh kebahagiaan, dengan penuh kebaikan selama 
    mana mereka hidup sesungguhnya mereka berada didalam pahala berpanjangan. Tengok muka isteri 
    pahala, senyum pada suami pahala, genggam tangan isteri pahala, masak pada suami pahala, beri makan 
    pada isteri pahala, mandi berjemaah berpahala, solat berjemaah berpahala, bawa isteri bersiar-siar 
    berrpahala. Maka bernikahlah kerana Allah sesungguhnya mereka ini sentiasa didalam keadaan berpahala.

No comments: