Bagus. Tapi apa maknanya kalau kerja Duta tidak kenal mana satu halal mana satu haram.
Anak kamu kerja apa? Korporat.
Bagus. Tapi apa maknanya kalau kerja Korporat tidak kenal mana satu sah mana satu batal.
Anak kamu kerja apa? Doktor.
Bagus. Apalah maknanya kalau kerja Doktor tidak kenal mana satu mulia mana satu hina.
Anak kamu kerja apa? Engineer.
Bagus. Apalah maknanya kalau kerja Engineer tidak kenal mana satu baik mana satu buruk.
Anak kamu kerja apa? Superstar.
Hebat. Apalah maknanya kalau Superstar tidak kenal mana satu mulia mana satu hina.
Dalam dunia kita, dalam kehidupan kita benda inilah yang kita perlu tahu apa dia halal, apa dia haram, apa dia baik dan apa dia buruk, apa dia mulia dan apa dia hina, apa dia sah dan apa dia batal, inilah dia dipanggil sebagai ilmu. Kalau yang ini kita tidak menuntut atau kita tidak tahu habislah kita, amalan kita walaupun pun serban kita sebesar bakul sekali pun.
Kalau kita tidak tahu mana halal mana haram, mana baik mana mulia, mana jahat mana baik, mana dia yang boleh mana dia yang tidak boleh. Habislah. Dalam dunia kita ini, kita perlu tahu dua benda ini pun sudah cukuplah. Iaitu mana dia boleh dan mana dia tidak boleh. Mana halal dan mana haram. Sekiranya benda ini kita tahu secara asas atau secara dasarnya sudah cukup.
Tetapi kalau benda ini asas, yang paling asas pun kita tidak belajar maka kita akan buat sesuatu tanpa ada ilmu. Dan sesuatu tanpa ilmu, tidaklah diterima amalannya. Solat kita buat tanpa ilmu tidak diterima solat. Haji tanpa ilmu ditolak. Membaca Al-Quran tanpa ilmu ditolak malah berdosa. Kita sudah ingatkan pahala tapi berdosa.
Dan syarak kita telah mengglakkan orang-orang yang memeluk Islam, menuntut ilmu Islam itu dan disuruh oleh Allah SWT untuk menuntut ilmu kerana orang Islam wajib tuntut ilmu. Jika begitu bila kita tidak menuntut ilmu kita sudah berdosa. Maka ilmu itu penting. Jadi bagaimana kita ingin tergolong dalam orang yang menuntut ilmu?
Penuntut ilmu itu terbahagi kepada 4 golongan:
- Orang yang mengajar
- Orang yang belajar
- Orang yang mendengar
- Orang yang menyukai 3 golongan di atas. Maka ia termasuk dalam golongan orang yang menuntut ilmu dan diredhai Allah.
Dan janganlah kita tergolong dalam golongan yg ke-5 kerana mereka ini golongan yang membenci ke-4 empat golongan diatas. Sedikit sebanyak kita berkongsi tentang ilmu menurut Islam secara ringkas. Wallahualam...
No comments:
Post a Comment