Thursday, May 21, 2009

Untuk Satu Hari Lagi

"If you had the chance, just one more chance, to go back and fix what you did wrong in life, would you take it? And if you did, would you be big enough to stand it?"

Persoalan pertama.

"Ya, saya akan kembali ke zaman sewaktu belajar di UiTM Segamat. Banyak salah dan silap sewaktu di sana. Terlalu banyak kenangan pahit manis yang dilalui. Tidak perlulah rasanya saya menghuraikan apa yang ingin saya perbetulkan. Biarlah ia hanya menjadi kenangan di dalam hidup saya. Tetapi adakah benar sekiranya kita kembali ke masa lampau dan membetulkan semula kesilapan kita yang kita akan meyakini tidak akan mengulanginya? Semestinya tidak, untuk itu apa perkara pahit yang telah kita lalui biarkan ia berlalu, biarkan ia menjadi suatu pengajaran dan teladan kepada diri kita sendiri."

Seperti yang dihuraikan oleh Ustaz Amin melalui blognya:-

"Kita melalui kehidupan dengan redha dan tabah walau apa keadaan kita. Redha bukan pasrah. Pasrah akan menghampiri putus asa. Redha ialah kematangan cara kita berfikir bahawa sesuatu itu ada hikmah yang baik untuk kita. Jika kita faham perkara ini, maka pasti, setiap yang pahit itu akan menjadi manis."

Persoalan kedua.

Jawapan nya Tidak! kerana apa yang telah ditakdirkan oleh Allah telah berlaku, kita telah melalui perjalanan tersebut untuk dijadikan iktibar.

Adakah benar sekiranya kita kembali kita akan menjadi lebih kuat?

Tanggapan yang serong semata-mata kerana manusia itu lemah dan sebenarnya di kala kita kembali ke masa silam peratusan untuk kita melakukan kesilapan yang sama adalah tinggi. Manusia sering alpa dengan berjanji pada diri sendiri.

Ya, memang jika diberi peluang kembali ke masa silam untuk memperbetulkan kembali keadaan tersebut saya dambai tetapi adakah saya berani untuk melawan takdir? Itu tidak sama sekali.

Allah sendiri mengingatkan kepada kita bahawa :-

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan 6: (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." (Surah al-Insyirah 5-6).

Cuba kita bayangkan, itu kemanisan di dunia. Bayangkan kemanisan di akhirat. Ketika seeorang itu sabar di dalam sakitnya. Dengan kesabaran itu, berat timbangan amalannya.

Ketika seseorang itu tabah dengan ujiannya, ketika meniti titian sirat, pahala ketabahannya itu menyebabkan dia melintasinya seperti kilat yang menyambar.

Ketika seseorang itu redha dengan kesempitannya, ketika orang lain susah di hisab, dia dihisab dengan hisab yang ringan.

Ketika orang lain mudah mendapatkan sesuatu, dia adalah orang yang sering gagal dan dengan kesabarannya selamat dia menuju syurga.

Hidup kita memang akan disulami dengan senang dan susah. Tidak kira siapa kita. Orang yang beriman, hatinya akan sentiasa bergantung dengan Allah dan dia tidak akan rasa terhimpit dengan ujian ini. Allah berfirman :-

"Maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara." (Surah Toha ayat 123).

*Renung-renungkan...hehe...

1 comment:

midyx said...

layan la jdorama "proposal daisakusen" ..balik kemasa lalu utk fix kesilapan.