Wednesday, October 13, 2010

Diary 10/13/2010

OK!FYI..the date is in US format..as you all know I am currently working in US...Time..hehe

Tapi malas pulak nak tulis dalam bahasa 'Mat Salih' ni kan..meh kite rojak kan dalam entry kali ni.

Yesterday, the TL for budak2 processing ni punya team buat satu kejutan or lebih tepat dia buat drama. Ini adalah drama sulung aku tengok secara live di ofis baru aku ini yang tak seberapa gah. Tepat jam 3.00am, dia bangun, tolak keyboard then campak access card dia atas table dengan meninggalkan laptop company. Sangkut beg rokok dia di sisi, suruh budak QA tuh tolong buka pintu and storm out of the ofis. Cool ke tak Cool weih?Terbaik kan?

Apakah rasionalnya dia buat perangai seperti itu? Sejarahnya bermula apabila semalam Supervisor kami sakit dan bakal mengambil Sick Leave selama seminggu. Dia kemudian ditugaskan untuk take over task Supervisor sebentar seperti attend call. Dia dengan penuh riak muka yang bengis tapi tidak menakutkan tidak berpuas hati. Lalu dia mengambil tindakan untuk keluar terus dari pejabat.

Adakah dia kembali bekerja pada hari ini? Tidak! Esok bagaimana pula? Tidak tahu. Kesimpulannya disini mungkin dia sudah resign notis 24 jam. Ini hanya andaian. Teori aku, dia buat demekian supaya pihak managment akan memujuk kembali dan offer gaji lebih tinggi supaya workload dan task yang dia pegang di bayar setimpal. itu teori sahaja, outcome tak pasti lagi. Keadaan semakin kabur pada ketika ini.

So keberangkalian post tersebt kosong adalah tinggi so sesiapa nak jadi TL untuk team processing for SAP HR disini ada kekosongan kot. Nak apply bagitau saya ekk. Hehe..

Sekarang ini aku merasakan sesuatu, selama ini mengharapkan orang itu akan memulakan langkah dulu. Dengan takdir Ilahi, alhamdulillah orang itu sudah mengambil langkah yang pertama. So macam mana? Nak teruskan bagi pihak aku ke or kita harus tunggu lagi untuk langkah orang itu? Sebab dah lama agaknya meneguk di tepian gantang, sejak dari tahun 1994. Lama tak?Hahaha...Hati dup dap je sehari suntuk ni, macam tak keruan. Tapi nak wat macam mana, dia di Dubai. Jauh. Kita tunggu episod seterusnya lah kot.

OKlah nak sambung kerja balik. Sambung jap lagi. Assalamualaikum...

No comments: