Tuesday, December 28, 2010

Sesi TT ~ Malaysia Klasemen

Tajuk diatas merujuk kepada laman web Sokernet  yang sering menggunakan Klasemen untuk mengetengahkan team-team yang power. Antara team yang power seperti Arsenal, Germany dan yang terbaru tidak kurang hebatnya team Tanah Tumpah Darahku..Malaysia!!!

Apabila perlawanan semalam sedang berlangsung, saya sedang sibuk didapur menyediakan hidangan makan malam untuk warga rumah. Tidak perlu gusar tentang hidangannya sebab memang simple. Spaghetti je kan. Pada babak pertama keadaan agak suram di rumah seperti mana keadaan didalam dapur sewaktu itu. Hanya kedengaran bawang putih dan bawang merah dipotong.

Tetapi apabila babak kedua perlawanan Tanah Tumpah Darahku dan Indon berlangsung, aktiviti didapur semakin rancak dan perlawanan tersebut menampakkan kehebatan Harimau Malaya meratah Garuda mitos(aku terpaksa pinjam ayat ini dari Obefiend sebab ayat-ayat dia memang Klasemen). Tau-tau 3 biji kita sumbat dalam mulut Garuda.

Malaysia mempamerkan permainan menarik sepanjang zaman dan tidak perlu lagi mengimbau kepada team sandarkan pada kenangan. Didalam Twitter tak usah diuraikan lagi. Para bloggers, tweets semua berbaur kenegaraan dan mana mungkin pengguna dari Malaysia mampu menyaingi pengguna Indon ini. Malaysia telah diperhanjingkan dan menyalahkan Azwan Ali (kerana mulut laser beliau) terhadap kekalahan Indon.

Tak ke mereka tahu mereka sendiri bebal dalam menjaga gawang mereka sendiri. Malaysia tetap Klasemen.
Sudahlah, untuk mengetahui lebih lanjut sila Google perlawanan semalam. Semestinya malam yang hangat sehinggakan rating untuk game EPL all time low. Sekali lagi Syabas untuk Malaysia, Malaysia Klasemen.

No comments: