Nabi Muhammad bersabda manusia ini ada 5 amalan (yang pahalanya berpanjangan):
1. Orang yang memberi kerana Allah. (Memberi kerana Allah ada 3)
i. Sedekah (Sedekah pula terbahagi kepada 2)
Sedekah Wajib iaitu Zakat
Sedekah Sunat iaitu seperti sedekah kepada masjid, memberi makan kepada orang lain dan wakaf.
ii. Hadiah
iii.Hibah - bermaksud pemberian.
2. Orang yang tidak memberi kerana Allah
Apakah maksudnya ayat berikut?Ia bermaksud orang tidak memberi kerana Allah kerana takutkan
sekiranya dia memberi pemberian beliau itu akan digunakan untuk perkara-perkara maksiat.
3. Orang yang kasih kerana Allah
Apa itu orang yang kasih kepada Allah? Iaitu orang yang hormat kepada orang lain, orang yang suka
tolong kepada orang lain, orang yang sayang kepada kebaikan dan orang yang suka menghiburkan hati
orang lain dengan berbuat kebaikan (tidak melibatkan perkara-perkara maksiat).
4. Orang yang benci kerana Allah
Maksudnya bukan kita benci badan tubuhnya seperti mengatakan hitamnya dia, gemuknya dia atau
kurusnya dia kerana haram hukumnya. Apa yang kita boleh benci keran Allah ialah dengan perangainya.
Perangai yang macam mana?Yang suka merompak, mencuri atau perkara-perkara maksiat dan yang
dilarang.
5. Orang yang bernikah kerana Allah
Apakah maksudnya? Iaitu hidup suami isteri dalam penuh kebahagiaan, dengan penuh kebaikan selama
mana mereka hidup sesungguhnya mereka berada didalam pahala berpanjangan. Tengok muka isteri
pahala, senyum pada suami pahala, genggam tangan isteri pahala, masak pada suami pahala, beri makan
pada isteri pahala, mandi berjemaah berpahala, solat berjemaah berpahala, bawa isteri bersiar-siar
berrpahala. Maka bernikahlah kerana Allah sesungguhnya mereka ini sentiasa didalam keadaan berpahala.