Apakah yang dimaksudkan dengan "Divide & Rule"? Suatu frasa yang telah dilaungkan oleh pihak British untuk memecah belahkan umat Islam dinegara kita. Adakah perkara ini benar? Adakah sepatutnya British dipersalahkan dalam perkara ini? Janganlah kita mula menuding jari dengan menyalahkan pihak British atau institusi di-Raja tetapi sepatutnya diri kita sendiri. Pemimpin politik kita pada suatu ketika dahulu merupakan mereka yang bijak berpolitik tetapi sayang sekali mereka tidak bijaksana dalam berpolitik secara Islam.
Umat Islam negara ini hanya sibuk untuk berpolitik yang akhirnya memecah belahkan umat Islam itu sendiri. Tidakkah mereka sedar dengan berpolitik secara membuta tuli mengakibatkan generasi terkini menanggung kesengsaraan?Sudah terbukti kini yang umat Islam di negara ditindas secara halus. Setiap pergerakkan and perbuatan umat Islam terbatas dengan laungan "Ini tidak adil". Kesedaran di dalam pemimpin politik negara pada ketika ini masih jauh kebelakang. Kerana apa? 3 sebab kenapa kita umat Islam masih lemah. "Harta, takhta dan wanita". Kita telah disogokkan dengan 3 benda ini yang menjadikan kita umat yang lemah. Lupakah kita dengan ketemadunan Madinah?
Rasulullah SAW sudah menunjuk ajar kita bagaimana untuk membina sebuah negara. Apakah perkara asas yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW? Pertama adalah mengadakan hubungan atau lebih tepat lagi menghubungkan silaturahim diantara penduduk Islam Mekah dan kaum Aus dan Khazraj melalui "Ikrar 'Aqaba". Kemudian baginda Rasulullah SAW mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar. Jadi apakah tindakkan yang paling tepat untuk umat Islam dinegara ini untuk memperkuatkan lagi kesaudaraan mereka diantara satu sama lain? Ya, pertama dengan mengeratkan kembali hubungan silaturahim.
Perkara kedua yang Rasulullah SAW lakukan adalah memperkasakan ekonomi umat Islam di Madinah. Bukankah begitu? Baginda Rasulullah SAW telah mengarahkan umat Islam ketika itu yang berharta supaya membeli dari kaum Yaudi telaga air supaya dapat diberikan kepada umat Islam secara percuma dan melumpuhkan ekonomi kaum Yahudi. Tetapi umat Islam di negara kita sejak dari zaman kemerdekaan sehinggalah sekarang terlalu memikirkan tentang politik semata-mata. Apakah kita umat Islam dinegara ini merupakan penggerak utama ekonomi? Tidak. Realitinya tidak. Kita hanyalah kuli dan hamba versi abad ini. Perkara kedua tidak hadir dalam sistem kepimpinan umat Islam dinegara kita.
Perkara ketiga barulah baginda Rasulullah SAW berpolitik berteraskan Al-Quran. Baginda Rasulullah menyebarkan agama Islam dengan lebih meluas dan mempertahankan agama Islam. Menyusun atur kekuatan umat Islam dalam rupa rohani dan jasmani. Itu merupakan titik permulaan perkembangan Islam setelah dua perkara utama dilakasanakan iaitu menghubungkan silaturahim dan memperkasakan ekonomi. Di negara kita apa yang kita pentingkan adalah politik. Ia tidak lengkap selagi mana dua perkara utama tidak dilaksanakan. Marilah kita mulakan perubahan dengan segera mengikut Sunnah baginda Rasulullah SAW barulah kita umat Islam dinegara ini tidak ditindas lagi. Insyallah.
No comments:
Post a Comment