“Ermm. A’a rindu kot. Ssh! Jangan cakap dengan orang tau?Hehe..” Adam membaca SMS beliau.
“Susah? Rindu pun susah ke? Baby tak fahamlah.” balas Adam.
“Hehe. A’a cakap A’a rindu kot kat orang tu. Tak paham gak ke? Ssh (suruh senyap jangan bagitau orang lain) bukan susahlah.” SMS diterima Adam kembali.
“Hahaha. Saja nak mengusik A’a. Baby faham sebenarnya. Takkan rindu je kot?” tanya Adam.
“Mengadalah Baby ni! Ish. Rindu kat awaklah!!” SMS dibalas kepada Adam.
Adam terbangun apabila alarm handphonenya berdering. Dah pukul 4.30 am. Beliau terus ke bilik air di bilik hotelnya. Beliau ketika ini sedang berkursus di Bayview Hotel Pulau Pinang.
“Alamak tak kejut Azmil lagi ni” bicara didalam hati Adam.
“Azmil. Bangun. Jom sahur. Dah 4.40 am ni.” Adam mengejutkan Azmil.
Bingkas Azmil bangun dan mereka turun bersahur. Selepas bersahur mereka naik ke tingkat 3 untuk menunaikan solat Subuh. Selesai Subuh ada pula kuliah Subuh sehingga jam 7.00 am.
Mereka naik ke bilik mereka di tingkat 7 untuk bersiap-siap kerana ada ceramah jam 8.00 am. Sementara menunggu Azmil di bilik, Adam menelefon Lina.
“Assalamualaikum. Awak tengah buat apa? Tadi pagi sahur apa?” tanya Adam.
“Waalaikumussalam. Saya tengah tunggu awak telefonlah (kedengaran tawa kecil dari Lina). Ibu tadi masak tempe goreng sambal je. Makan jelah dengan nasi putih. Oh. Dengan telur masin. Sedap tau. Tadi awak sahur apa je?” balas Lina
“Tadi saya sahur mee hun goreng, cereal dengan nasi lemak. Banyakkan. Ini perut pula rasa tak sedap. Banyak sangat makan. Semalam dahlah makan jeruk asam tak ingat sebelum tidur.” Kata Adam.
“Pukul berapa check out nanti? Nanti sampai KL siapa ambil?” tanya Lina.
“Check out pukul 12 pm nanti. Letak beg dalam kereta lepas tu kena naik balik. Pukul 1.00 pm ada perjumpaan dengan Naib Caunselor sampai pukul 2 pm. Rasanya dalam pukul 4 pm barulah bertolak. Oklah. Saya nak mandi dulu. Nanti jangan lupa SMS saya. Bye.” Jawab Adam.
Pada keesokkan harinya...
“Awak nak pergi mana lagi shopping nih? Dah penat dah nih. Apa kata kita buka puasa dekat Mid Valley je. Boleh ajak Khairul dengan Sha sekali.” Tanya Adam.
“Yela. Saya nak cari baju kat kedai tu sekejap lepas tuh kita pergi Mid Valley ok? Kesian awak dah penat. Macam budak kecik perangai. Merengek je tau. Sabar ok? Tinggal 4 jam je lagi nak buka puasa.” Jawab Lina.
Tit!Tit! Kedengaran SMS masuk di handphone Adam.
“Jadi ke buka puasa sama ni? Aku boleh booking kan tempat kat sini. Ramai juga nanti yang nak join. Kau tiga orang kan? Nazli tahu ke plan kita ni?” SMS Roza.
“Jadi. Jadi. Kau pergi awal book jelah tempat. Nazli, Khai dengan Anwar dah ada kat sana. Aku nanti pergi ambil Fiza dekat KL Sentral. Dia sekarang dalam perjalanan dari Klang. Aku harap Nazli happylah dapat jumpa si Fiza nih. Dua-dua malu-malu kucing pula.” Jawab Adam.
Mereka semua sedang menunggu waktu untuk berbuka puasa. Adam, Lina bersama Fiza tiba lewat sikit. Dari kejauhan Roza Nampak mereka sedang berjalan. Waktu itu Nazli belum sedar apa-apa lagi. Fiza merupakan kakak angkat pada Adam dan Nazli ingin menjadikan Fiza kekasihnya tetapi kedua-dua mereka suka sangat main tarik tali. Inilah peluang Adam untuk merapatkan lagi hubungan mereka. Manalah tahu lepas berbuka puasa nanti mereka menjadi semakin rapat itu yang Adam cuba nak tolong.
Sewaktu mereka sedang berbuka apa yang diharapkan oleh Adam tidak kesampaian. Nazli menjadi semakin dingin dan wajahnya berubah apabila Adam membawa Fiza sekali. Jelas sekali muka ketidakpuashatian oleh Nazli. Sepanjang waktu berbuka Nazli banyak mendiamkan diri dan tidak menegur Fiaza. Terpaksalah Lina melayan si Fiza.
Pada malam itu juga mereka semua akan pulang ke kampong bersama-sama kecuali Khairul dan Anwar. Jadi selepas berbuka Adam dan Lina menghantar Fiza semula ke KL Sentral dan didalam perjalanan mereka berdua meminta maaf kepada Fiza sebab benda macam ni pulak yang jadi.
“Nanti apa-apa akak message jelah.” Kata Adam.
“Orait. No problem. Drive elok-elok tau kau orang.” Balas Fiza.
Didalam perjalanan pulang ke kampong, mood Nazli kembali seperti biasa. Beliau meminta maaf sebab tak tahu yang Fiza akan join bersama. Dia sebenarnya terkedu dan tak tahu nak buat apa. Nak cakap apa. Beliau segan dan malu sehinggakan menjadi takut.
“Tak apalah. Lain kali ada lagi. Jangan kau give up pulak.” Adam menenangkan Nazli.
Lina sedang lena tidur. Adam di tempat duduk belakang bersama dengan Lina. Nazli sedang memandu sementara Roza menemani Nazli sebagai co-pilot. Tit!Tit!Tit!Tit!
“Dah sampai mana tu adik?” tertera di handphone Adam.
“Jauh lagilah akak. Ada lagi 2 jam nak sampai. Akak tak tido lagi ke?” balas Adam.
“Belum lagi. Akak tak boleh nak tido rasanya. Tadi akak rasa macam dipermainkan tapi akak tahu dia bukan sengaja buat macam tuh. Akak rasa jeles tengok adik dengan Lina tadi.” Kata Fiza
“Eh. Nak jeles kenapa pulak akak nih?” tanya Adam.
“Akak jeles. Sebab adik layan Lina sebaik-baik lelaki layan perempuan. Sanggup buat apa sahaja. Adik selalu cerita macam mana adik layan dia. Adik sayangkan dia. Akak pun nak macam tu. Akak tak kisah kalau akak jadi orang nombor dua dalam hidup adik. Itu pun kalau Adam sudi?” kata Fiza.
“Akak ni biar betol? Kenapa sampai macam ni? Nazli tu yang suka dekat akak. Kalau dia tahu macam mana? Dia tu kawan baik adik. Adam tak nak gaduh sebab-sebab macam ni. Akak fikirlah betol-betol. Saya dah ada Lina. Cukuplah.” Balas Adam.
“Adam, saya dah fikir dah. Tapi terpulang kat Adam. Saya dah bersedia untuk jadi teman awak yang kedua. Saya tak kisah kalau awak lebihkan Lina sebab saya tahu dia yang pertama. Saya nak juga dilayan seperti mana awak melayan Lina. Ini akan menjadi rahsia kita berdua. Malam ini saya nak Adam jadi boyfriend saya. Nak kita couple. Adam setuju?” kata Fiza.
1 comment:
wah,dahsyat Adam...antara dua.
Post a Comment