Monday, May 17, 2010

Pemerhati

Tahniah saya ingin mengucapkan kepada jentera pilihan raya kecil Pakatan Rakyat di Parlimen Sibu semalam dengan memenangi kerusi tersebut. DAP berjaya merampas kerusi tersebut dari Barisan Nasional.

Bagi Barisan Nasional, silalah buat post mortem kenapa anda boleh kehilangan kerusi tersebut walaupun sebelum ini penyandangnya sebelum ini berjaya mengekalkan kerusinya selama 5 penggal. Bagi kerajaan Barisan Nasional di Sarawak silalah buat reform yang lebih meyakinkan rakyat negeri Sarawak yang mungkin sudah beralih angin kepada Tsunami Politik di Semenanjung.

Pilihanraya bagi ADUN akan diadakan tidak lama lagi di negeri Sarawak dan Sabah. Janganlah kerana memikirkan perut diri sendiri dan keluarga anda hilang kerajaan negeri. Memalukan sekiranya anda sebagai seorang ahli politik tidak boleh berfikir seperti kami ini rakyat biasa yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang yang menginginkan perubahan lebih drastik.

Kami bukan mahukan bangunan pencakar langit yang indah belaka, atau masjid-masjid yang dibina tetapi tidak berjemaah. Kami sebagai rakyat Malaysia menginginkan tahap kesaksamaan serta jurang diantara kaum dapat di kawal.

Seperti saya, apa yang saya inginkan adalah hukum hudud dapat dilaksanakan. Buatlah kajian yang lebih jitu serta program penerangan kepada mereka yang bukan Islam tentang hukum Hudud ini. Ia mampu dilaksanakan. Menghalalkan judi bola sepak anda mampu melaksanakan takkan hukum Allah ini anda berdiam sahaja?

Banyak lagi perubahan yang mampu dilakukan seperti menaik taraf sistem pengangkutan di Kuala Lumpur. Melebarkan lagi jarak sistem transit aliran ringan yang lebih meluas ke tempat-tempat strategik seperti di Taman Tun Dr. Ismail, Bandar Utama, Kota Damansara. Kawasan-kawasan ini amat pesat membangun dan sistem aliran trafik tidak dapat menampung keperluan penduduk setempat.

Peringatan kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor, kawasan yang sering kali saya mendengar keluhan adalah di kawasan Puchong. Bukankah anda wakil rakyat sudah berikrar untuk menyediakan tempat yang lebih selesa untuk para penduduk. Bukankah anda sudah berkuasa di negeri Selangor? Apakah tindakan yang telah diambil? Janganlah hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Janganlah amalkan janji-jani kosong ditaburkan kepada rakyat. Stop all this "Politiking".

Ingat wahai para wakil rakyat samada dari Kerajaan Barisan Nasional mahupun dari Pakatan Rakyat, anda dipilih oleh kami. Kami berhak menentukan siapa yang lebih bijak untuk mentadbir. Anda semua ini yang berada di bangunan Parlimen berfikir seperi Mat Jenin. Bermimpi sahaja anda mampu.

Ingat peristiwa di Filipina pada tahun 1986, apabila Presiden Ferdinand Marcos (seorang diktator) dijatuhkan oleh rakyat. Dan muncul Presiden Aquino. Itulah titik mulanya People's Power. Sekali lagi gerakan Kuasa Rakyat ini ditunjukkan pada Presiden Joseph Estrada pada tahun 1997 dan bermula era Presiden Gloria Macapagal Arroyo. Adakah peristiwa-peristiwa di Filipina sebagai contoh (tempat lain seperti di Indonesia sewaktu Presiden Suharto, kini di Thailand, Perdana Menteri Abishit) berlaku di negara kita Malaysia?

Sudah tentu kita tidak menginginkan ia berlaku kerana apabila berlaku rusuhan, keadaan negara tidak akan aman. Para investors dari luar negara akan lari dan segi ekonomi tahap pelaburan akan berkurangan dan tahap defisit negara akan melambung tinggi. Kita sendiri akan menanggung kerugian. Saya sebagai rakyat negara ini sudah pasti menolak sekeras-kerasnya People's Power.

Apa yang ingin diketengahkan sekarang ini adalah usaha dari anda semua para wakil rakyat meningkatkan produktiviti negara dengan mengamalkan pentadbiran yang bersih dan amanah. Ini adalah kunci kejayaan untuk mentadbir sebuah negara atau negeri dengan baik. Mudah bukan? Ayuh tunjukkan kewibawaan anda semua sebagai pemimpin yang mampu menolak politik kotor, rasuah dan ketidak adilan sebagai amalan harian anda yang akan menjadikan Malaysia semakin tersohor di dunia.

I hope good and best things will come to Malaysia in this near future. Insyallah..

No comments: