OK! Al Kisah di suatu pagi di hari Sabtu bersamaan 8 Mei 2010...
Ni dah ceritakan last entry..ini sambungannya..dahla haritu main kalah..injured teruk pulak tuh..aduhailah nasib badan..huhu..
After 3 game tak merasa kesakitan dia tapi lepas bukak je kasut..mak aih!!!kuku jari telunjuk kaki dah tercabut and kuku ibu jari kaki terus membiru..tak terkata kesakitan di alami..terasa macam nak pengsan beb..tapi sebab ramai orang kan..kenalah tunjuk ke"Macho"an..hehe..
Lepas game dalam pukul 2pm gerak pergi Mimpi Muor makan tengahari ngan Fahmi and Nany and budak cheeky Nia..hehe..masa bawak motor tuh Allah je tau betapa sakitnya kaki. Tak tertahan beb..tapi masih control macho..hahaha..
That day gak nak pergi nengok wayang cerita Iron Man 2, bolehlah tahan lagi kesakitan yang sedang dialami tapi lepas nengok wayang and lepak malam tuh..kaki dah start Nyut!Nyut!terus ajak Ijad gi Damansara Specialist..Dahla mesin high blood tuh main...boleh reading first 178/179...gila tinggi weih..kecot perut..tak nak gua kena admitted kan malam tuh...tapi at last normal reading 128/75 kot..macam tuhlah..
5 minit pastu jumpa doctor cause sebelum tuh ada one French family bawak anak dia yang asik termuntah..bau muntah tak usah ceritalahkan..memang semerbak macam bau lori Alam Flora..hahaha..jumpa doktor kat dalam dia tanya kenapa? So tunjuklah kaki and mencadangkan suruh di X-ray..weih Doc!!!Gua dahlah tengah bajet ikat perut bukan nih..memang tak nak naklakan..so dia bagi pain killer je..OKlah..balik umah terus makan ubat and flat sampai keesokkan paginya.
Hari Ahad lepas pergi lepak kat umah Kiyai di Putrajaya..Boleh dikatakan hampir the whole daylah kat sana. Makan tengahari, minum petang and thanks kepada tuan rumah dan isteri. Hehe..Sementara menunggu Abg Imam yang sedang sibuk main, gua terlelap sekejap di ruang tamu. Tidak semena-mena, handphone berbunyi and bunyi deringan telefon memang dinantikan (hehe...mestilah suka kan dia callkan). Dengan lagak ala Rambo bangun dengan cergas sehingga tersadung kat kaki kanan terkenalah kat ibu jari..
Hanya Allah sahaja tahu sakit dia macam mana, air mata setitik dua dah jatuh and meraung kesakitan...tak taulah Maria dengar ke tak kan..tapi Ya Allah memang sakit beb!!!Gua rasa macam nak pengsan. Alhamdulillah Maria dah selamat sampai dari tripnya pergi Candat Sotong. Oleh sebab kesakitan amat sangat, letak je telefon gua terus tuju bilik air tercirit beb sebab sakit sangat.Hahaha..
Hari Isnin pergi ofis, sakit dah kurang tapi masih berdenyut-denyut and ibu jari kaki kanan and kawasan sekitarnya menunjukkan kemerahan seperti mengening...Ouch!!!Sakit tu kalau you all nak tau. Takpelah bertahan lagi.
So hari Selasa, bangun pagi terasa sakit lagi, berdenyut-denyut, merah kaki macam biji saga so pergilah masuk ofis lambat. Dalam kul 12.30 baru masuk. Sampai dalam kul 1pm tengah lunch tak boleh tahan tapi masih teruskan aktiviti makan tengahari sebab lauk ayam kampung rugi beb tak habis..hahaha..
Pukul 2.30pm naik dari lunch memang tak boleh handle dah..kepala dah berpusing, dahi dah start berpeluh, dalam pukul 3pm nampak Khu nak turun gi solat so joi sekali. After solat memang biasalah lepak level 36 punya Sky Garden area amek angin. Sebab dah tak tahan lagi, lepas lepak tu terus turun gi Klinik Zarif kat dalam Menara TM tuh.
Masuk je dalam bilik Doc tunjuk kaki, dia kata dah nak kena infection confirm lagi beberapa hari menanah and jadi busuk so die suggest suruh cabut je terus. Sebelum buat keputusan, tanya dulu berapa kena nanti? Doc cakap RM80. Gua pun OK jela, and sempat tanya sakit ke tak. Dia kata tak sakit (tapi dia tipu gua, memang sakit...huhu).
So startlah mini surgery tuh..Ada 4 orang training nurse, sorang pegang lutut, sorang pegang tray, sorang ready ngan kain and sorang lagi tukang amik video and gambo (WTH..amek gambo?Gua ngah sakit dia pergi amek gambo..)
Start je procedure gua mulakan ngan jeritan manja..auwww!!!(hanya 2 harkat)itu baru test2 je samada gua kebas ke tak..belum potong ke gunting lagi...dia kuarkan forcep pulak...time ni gua bantai jerit 8 harkat beb..meleleh air mata gua menahan sakit sebab darah beku tu melekat kat daging...memang gua nengok kaki gua merah ngan darahlah..kesian gua...hahahaha..
Gua nak cerita lebih sekarang ni terasa seram sejuk teringat betapa sakitnya hari tuh...macam nak terabut nyawa..fuh..Alhamdulillah skang semuanya OK..and gua gi kerja tak perlu pakai kasut..Yahooooo...nikmatilah gambar dibawah sebagai reference pada kaki gua yang injured disebabkan main futsal. Tak Berbaloi!!!
No comments:
Post a Comment