Friday, September 16, 2011

Wasiat Imam Syafie (Bahagian 1)

Sebelum Imam Syafie pulang ke Rahmatullah, beliau sempat meninggalkan wasiat kepada murid-muridnya serta umat Islam.

"Barang siapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI
Iaitu:
1. Mengurangkan tidur
2. Mengurangkan makan
3. Mengurangkan percakapan
4. Berpada-pada dengan rezeki yang ada

Firman Allah (SWT) dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini didunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah (SWT)." (Surah az-Zariat ayat 15-18)

Nabi S.A.W. bersabda lagi, maksudnya:
"Janganlah kamu mematikan hati dengan banyak (berlebih) makan dan minum, walaupun halal. Kerana hati itu ibarat tumbuh-tumbuhan, ia akan mati jika terlalu banyak disirami air."

Note: Bahagian 2 akan bersambung minggu hadapan

Petikan ini diambil dari risalah Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq (Bil. 3/2011 Mei/Jun bersamaan J.Awal/ J.Akhir/ Rejab 1432H)

No comments: