The plot. A group of kids must protect their vacation home from invading aliens.
Full synopsis:
It's the Pearsons versus the aliens who "came from upstairs," in an all-out battle that will decide the fate of the Earth - and kick-off the ultimate summer vacation.
As the battle continues, the laughs, action and danger escalate. But the kids rise to the occasion, finding new strengths and self-sufficiency. And it becomes clear that the aliens never stood a chance.
So yeah...its meant for kids I guess. I did not focus much on the movie. Cause there is a lot of things on my mind. Darn it.
*I rate the movie with3 POPCORN...not a bad movie but I didn't concentrate at all...why was that???Hmmm...
Sinopsis:
A pushy boss forces her young assistant to marry her in order to keep her Visa status in the U.S. and avoid deportation to Canada.
In my opinion I rate the movie as funny, romantic, and touching moments. I enjoyed it very much and the cinema was half-packed with people. So I guess it was a good movie.
August is coming to an end...8 months is almost over for the year 2009!!!
And bulan nih I only went to watch 2 new movies.(maseh blom nak bagi review...so not in the mood yet..)
I just realised something today...Norman(my cousin) & Kiyai has the same birth date as the Late MJ. How cool is that???Hee...God Bless Them All!!!
I think this month ramai jugak birthday families & friends...Let's start...
01 August - Zahrah (my niece)
15 August - Abg Boy (my brother)
18 August - Mudi
20 August - Makchu (my aunt)
28 August - Aizat (not melaa...)
29 August - Kiyai@Master Windu (the Force is strong with this one..hee..) & Norman
30 August - Ben
31 August - Malaysia Merdeka!!! (celebrating it's 52nd Independence..Woot!Woot!)
I know there is some more...Can't remember...Well Happy Birthday Guys/Gals...May Allah bless you. Semoga panjang umur & berbahagia dunia akhirat. Dimurahkan rezeki. Ditetapkan iman. Amin.
“Ya Allah, Rahmatilah & berilah kesejahteraan serta berkatilah penghulu kami Muhammad, pembuka bagi barang apa yang ditutup dan penamat bagi apa yang telah sudah, penolong bagi yang hak, penunjuk ke arah jalan yang lurus. Allah berselawat ke atasnya, ahli keluarga & sahabat-sahabatnya sebagaimana selayak untuknya sesuai dengan darjat dan kedudukannya yang tinggi dan besar”
Fadilatnya:
* Barangsiapa membaca selawat ini 11 kali setiap kali selepas sembahyang, segala dosa-dosa kecilnya diampuni Allah dan hatinya menjadi tenteram.
* Barangsiapa membacanya 21 kali setiap hari, Allah akan melapangkan rezeki dan selamat keluarganya dari kesusahan serta dijauhkan dari azab neraka.
* Jika dibaca 1000 kali pada malam Isnin, Khamis atau Jumaat membolehkan bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w dengan izin Allah..iaitu dibaca selepas sembahyang hajat.
It's 4.25am Sunday Morning on the 30th of August 2009. Wide awake now. I just slept for 15 minutes just now and woke up feeling FRESH!!! What? Don't I deserve a good night sleep nowadays.
Yesterday nothing special happened. After Subuh I stayed up till 8.30am and watched Friends Season 7. Then fell asleep until 2pm. Really this is becoming an unusably habit of mine. Damn! Need to change my lifestyle to become a better person.
Woke up and feeling that I really miss someone. Old times I would get a call during Sahur, then maybe around 10am. After that around noon. Next at 3pm. Before buka puasa. But no more that. Really missed that sweet times.
After that nothing happened also. Took a bath. Perform my prayers. Facebooking. Then continued to watched Friends. FYI, I am a big fan of Friends. It's like Harry Potter without the Magic! *wink
Buka puasa. Amborojak...not a favorite of mine if Kak Yah masak...hehe..If it is my mom yang cook..any food she cooks is my favorite. And the next best thing would be Abang Awin's cookinglah kan.
After berbuka...nothing much...played with my PSP and made a called to someone. Really need to hear the voice. I took a bath again and spent most of the time searching for new movies to download. Got the list and will download as soon as Friends is done.
At 11pm went to Hartamas Square and watched Arsenal got beaten by MU. No luck for Arsenal last night. Hope that Arsenal can still win the EPL. *fingers crossed
After football went to Bestari and lepak untill 3.15am. Got home at 3.25am. Sleep for 15 minutes and now here I am. I want a life. A life full of happiness. Not this kind of life. I want happiness. Stability. Full of love. Not misery. Ya Allah, please help me.
Yerp! Sudah masuk hari ke-7 we all berpuasa di bulan penuh kemuliaan ini. Kitalah hamba-hamba Allah yang beruntung dapat bertemu sekali lagi dengan bulan penuh makrifat ini. Andainya ini kali terakhir sekali kita bertemu dengan Ramadhan? Adakah kita semua akan menangis? Adakah kita akan meminta kembali untuk melakukan ibadah dengan lebih bersungguh-sungguh? Mari kita semua tingkatkan amalan kita dibulan ini supaya kita tidak akan menyesalinya dikemudian hari.
Tazkirah: Di akhirat nanti sewaktu kita semua dibawa ke Al-Mizan dipadang Masyhar terdapat 3 golongan:
1)Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita. 2)Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. 3)Sebahagian mereka adalah golongan yang beruntung.
Dimanakah kita semua akan tergolong nanti? *akan dibincangkan didalam blog yang mendatang. InsyaAllah...
Seminggu berpuasa ini... 1) Ada interview last Wednesday with company *&^$% 2) Dipanggil interview dari satu company lagi 3) Mostly banyak berbuka puasa diluar 4) Trip ke Eropah terpaksa dicancel sebab kekurangan sumber kewangan. InsyaAllah satu hari lagi nanti akan pergi jua jika diizinkan. 5) Alhamdulillah Al-Quran yang berhabuk itu dibersihkan dan dibaca semula, solat sunat dipanjatkan. Belum tercapai terawih yang berterusan.
Takdalah benda yang fascinating berlaku lagi...Belum lagi rasanya...Kita tunggu dan lihat nanti..
Da 1st series of my so called Cerpen sudah direleasedkan..tp tak tau kenapa Imran Syafik deleted his comment..I wonder..Im if u r reading this tell me what did u say?hee...
Ni kali pertama mencuba...maybe all the stories ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia...tp Cerpen ni dibuat atas rekaan sendiri penulis (that is me lah kalau korang tak tau lagi!hee).
Kalau boleh bagi comment memberangsangkan supaya I can improve in the future to write a better piece..hee..
Hoped u guys enjoy reading..those people yg berlatar belakangkan dari UiTM Segamat maybe u guess it got something to do with the writer..well it is just a story..no more or less..
"Baby, A'a nak mengadu ni. Bear yang tergantung kat handphone A'a ni kena kuah asam pedas. A'a tak perasan. Habis baju A'a pun kena sebab tadi A'a letak handphone atas lap A'a. Dahlah this is my favourite baju kurung. Sedihnya." tertera di paparan handphone Adam.
"A'a ni careless sangat. Bukan A'a selalu letak handphone dalam poket ke? Takpa. Sekejap lagi A'a pergi cuci bear tu, lepas tu balik nanti basuh kain baju kurung. Don't worry everything will be fine. Janganlah gelabah sangat ok? Sekarang ni tengah buat apa ni?" balas Adam.
"I know I shouldn't say this but I miss you already." kelihatan ayat dihandphone Adam.
Setahun sebelum.....
Kelihatan Adam bersama teman wanitanya di Cafe Admin sedang minum petang bersama-sama dengan beliau rakan karibnya Nazli. Mereka berbual dengan rancak sekali tentang exam yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Tit.Tit!Tit.Tit! Kedengaran bunyi handphone Adam. "Adam, malam ni datang kolej aku sekejap ada hal aku nak bincang dengan kau - Yasir."
Lina bertanya "Siapa message awak tu?"
"Yasir. Entahlah apa dia nak. Dia cakap malam ni datang kolej TS dia nak jumpa sebab ada hal dia nak bincang. Hal apa saya pun tak tau. Mungkin nak buat jamuan agaknya." jawab Adam.
Sampai di tangga Kolej Simanja Kini, Nazli sudah berada jauh dihadapan menuju ke kolej lelaki yang berdekatan. "Malam ni awak nak keluar makan tak kat benteng TS?" tanya Adam.
"Eh bukan awak nak pergi jumpa Yasir ke malam ni?" jawab Lina.
"Saya rasa nak jumpa dia dekat benteng TS jelah. Malas pula rasanya nak ke bilik dia. Lama nanti nak kena bincang. Ini pun ada assignment saya tak habis lagi. Awak ikut sekali nanti tak adalah nak kena jumpa dia lama sangat. Boleh ek kita keluar makan sekali malam ni? Lepas Maghrib dalam pukul 7.45pm saya tunggu awak kat sini." balas Adam.
Selepas melihat Lina menaiki tangga ke biliknya di Wing 2B, Adam bergegas ke arah biliknya di kolej Sempana Riau. Sampai beliau di biliknya, kelihatan Gaybat sedang duduk dihadapan PC Adam. Gaybat merupakan sahabat karib pada Adam sejak dari semester 1 lagi. Nama sebenar beliau Muhammad Burhan Bin Zakaria. Di gelar Gaybat sebab senior sewaktu mereka di semester 1 dahulu memberinya nicknamed tersebut.
"Adam, bila kita nak start buat assignment Encik Razak ni? Aku macam malas pun ada sekarang. Nak kena hantar hari Jumaat ni. Ni dah hari Rabu." sapa Gaybat.
"Bat, malam ni kau pergi lab kat BK carikan aku artikel. Sebanyak mungkinlah kalau boleh. Then nanti dalam kul 11pm aku turun bilik kau ambil all those articles. Kau cari bahan, aku tolong siapkan assignment tu. Aku bab menggoreng ni sukalah. Kau pun tau kan I hate looking for all those articles." jawab Adam.
"Gua okay je. Janji lu siapkan gua tak ada hal. Set babe." kata Gaybat.
Sejurus kemudian Adam mencapai tualanya yang tersidai di atas penghadang katil 2 tingkat dan mengambil baldinya didalam loker menuju ke arah bilik air. Bilik Adam bernombor SR326 bersebelahan dengan tandas Wing 3B.
Selesai mandi, jam menunjukkan 7.25pm beliau memakai pakaiannya dan bersolat Maghrib. Sejak beliau berkenalan dengan Lina iaitu teman wanitanya banyak perubahan yang boleh dilihat. Adam suatu ketika dahulu amat degil orangnya. Tidak mendengar kata. Selalu sahaja beliau membentak-bentak kakinya apabila tidak dapat apa yang diingininya. Malahan amrarahnya selalu tidak terkawal. Sering kali kedengaran maki-hamun dan ayat-ayat kesat digunakkan terhadap sesiapa sahaja yang tidak mengikuti kehendak beliau.
Adam di zaman sekolahnya amat pentingkan pelajaran dan seringkali memperoleh keputusan peperiksaan yang membanggakan sehinggalah pada suatu hari beliau bertemu dengan seorang gadis yang merubah hidupnya. Didalam persahabatan beliau dengan gadis tersebut Adam menjadi seorang remaja yang lupa diri. Mudah terpengaruh dengan perkara-perkara melemahkan minda dan hati seseorang apabila imannya senipis kulit bawang.
Gadis tersebut telah memperdaya Adam. Wang ringgit, hatinya, maruah beliau dihadapan rakan-rakannya diragut begitu sahaja. Tanpa rasa belas kasihan gadis itu mempergunakannya. Bermulalah episod hidupnya yang penuh dengan pelbagai kisah meruntun keperibadian Adam.
Adam tamat zaman persekolahannya dan mendapat tempat untuk memasuki sebuah universiti. Disini beliau berazam untuk melupakan kisah silam. Memulakan kehidupan yang lebih bermakna. Dari seorang pelajar yang mengambil jurusan sains sewaktu di sekolah dahulu beliau bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Tapi apakan daya dari apa yang dicitakannya dahulu hanya menjadi angan-angan yang tak mungkin tercapai.
Adam jauh tampak berbeza dan bersungguh-sungguh untuk berubah sehinggalah pada ketika cuti pertengahan semester universiti tersebut. Beliau pulang ke kampung halaman seperti kebanyakkan mahasiswa dan mahasiswi apabila mulanya cuti semester. Pada suatu malam, beliau bersama-sama kakaknya sedang mencari-cari warung makan tiba-tiba selang 2 buah kenderaan dihadapan kenderaan mereka sebuah kereta yang dikenali berhenti untuk menunggu lampu isyarat merah.
"Apa abah buat dengan perempuan tu? Siapa perempuan tu?" tanya Adam kepada kakaknya.
Sejak dari peristiwa pada malam itu. Adam berubah kembali kepada perangai lamanya. Beliau merasakan dirinya hilang arah kembali. Solat ditinggalkan. Puasa dilupakan. Pelajaran di universiti semakin dijauhkan. Pada tahun itu juga ibubapanya berpisah. Beliau diberhentikan daripada universiti. Sudah jatuh ditimpa tangga.
Hampir setahun beliau hidup terumbang-ambing. Seperti seorang nakhoda kapal belayar tanpa arah. Hidup Adam semakin hari dihimpit oleh permasalahan. Moral dan akidah dirinya sudah semakin jauh dari landasan Islam. Hidupnya ketika itu banyak dibebani maksiat. Sehinggalah suatu hari beliau mendapat telefon dari orang yang Adam paling sayangi. Datuk beliau.
"Adam. Atuk nak cakap sikit ni. Sampai bila Adam nak ikutkan perasaan Adam. Adam dah matang, Adam patut dah boleh buat keputusan yang lebih baik. Selama ini, atuk yang menjaga Adam. Dari kecil hinggalah sekarang ini. Apa benda Adam minta, atuk tunaikan. Atuk dah didik Adam, ajarkan agama Islam. Sekarang Adam fikirkan. Kalaulah atuk tak ada nanti." kata-kata atuknya dipintas oleh Adam.
"Atuk. Jangan cakap macam tu. Adam lagilah tak tahu macam mana perasaan Adam kalau atuk tiada nanti." celah Adam.
"Adam. Dengar pesanan atuk ni. Kalau atuk kembali menghadap Allah nanti, segala tingkah laku Adam atuk yang akan bertanggungjawab. Salah dan silap kamu atuk yang akan tanggung. Awak dibesarkan oleh atuk. Perwatakan dan tingkah laku awak atuk yang bentukkan. Memang parents awak yang sepatutnya memikul tanggungjawab ni. Tapi atuk dah anggap awak macam anak sendiri. Adam. Pesanan atuk senang sahaja. Adam jangan lupa Allah. Itu yang paling penting. Ingat itu Adam." bicara datuk Adam.
Terngiang-ngiang didalam fikiran Adam pesanan datuknya setelah beliau menunaikan solat Maghrib. Jangan lupa Allah. Tersentap hatinya terkenangkan datuknya. Lantas dia mencapai handphonenya di atas meja dan terus membuat panggilan.
"Assalamualaikum, tengah buat apa?" Adam memulakan perbicaraan.
"Waalaikumussalam. Tengah bersiap. Dah ada dekat bawah ke?" balas Lina dihujung talian.
"Belum lagi. Saya dah nak turun dah ni. Kita jumpa dekat bawah dalam 5 minit. Ok?" kata Adam.
"Baiklah. See you in 5 minutes." balas Lina.
Adam bergegas bersiap untuk bertemu Lina di bawah tangga kolej Si Manja Kini. Apabila beliau tiba disana didapati Lina sedang setia menunggunya dengan pandangan penuh manja diberikan kepada Adam.
"Awak dah lama tunggu?" tanya Adam.
"Taklah. Saya baru sahaja turun. Dah bagitau dekat Yasir kita jumpa dia dekat benteng je? " jawab Lina.
“Dah.” balas Adam.
Di hadapan cermin Adam sedang membelek wajahnya. Raut wajahnya sedang menunjukkan beliau gemuruh dan ketakutan. Ini bukan kali pertama beliau berucap dihadapan orang ramai tetapi situasi kali ini berbeza dengan sebelum ini. Jikalau sebelum ini skrip sudah disediakan dan beliau hanya perlu melontarkan kata-kata didalam skrip untuk menawan hati para hakim.
Adam kemas berbaju kemeja biru dan berseluar slack hitam mencapai blazer yang dipinjam menuju ke dataran sambil diiringi Gaybat dan Delap. Delap teman sekelas Adam dan Gaybat sejak dari semester 1. Jantung Adam berdetak laju dengan setiap langkah di ambil nya. Dahinya berpeluh sejuk ketakutan hanya Selawat menjadi iringan supaya dapat menenangkan jiwanya yang gusar.
Inilah kali pertama Adam menyertai pilihanraya kampus setelah dicadangkan oleh Yasir. Malam ini adalah malam Manifesto. Semua calon-calon perwakilan pelajar dari setiap program akan berucap dihadapan pelajar-pelajar lain untuk meraih undi. Memang suatu tugas yang mencabar.
“My only wish is for the students of accounting to trust me to lead all you in the near future. Thank you for lending me your ears. Goodnight.” Ucapan dari seorang pelajar jurusan perakaunan.
“Yasir. Siapa budak tu? Course apa? Kolej mana? Siap speaking bagai. Poyonya. Cakap melayu tak reti ke apa? Berlagak gila.” soal Adam.
“Kau ni, apasal tak puas hati sangat? Biarlah dia nak cakap apa pun. Sambil tertawa. Dia tu budak course Accounting. Budak Baiduri tak silap aku dia Penolong Setiausaha JPK kat sana. Dah menjawab persoalan kau?” balas Yasir.
“Belum.” jawab Adam sambil termenung jauh.
“Apa pulak lagi yang belum?” tanya Yasir.
“Apa nama dia?” soal Adam.
“Farha.” balas Yasir.
Bersambung.....
“Ermm. A’a rindu kot. Ssh! Jangan cakap dengan orang tau?Hehe..” Adam membaca SMS beliau.
“Susah? Rindu pun susah ke? Baby tak fahamlah.” balas Adam.
“Hehe. A’a cakap A’a rindu kot kat orang tu. Tak paham gak ke? Ssh (suruh senyap jangan bagitau orang lain) bukan susahlah.” SMS diterima Adam kembali.
“Hahaha. Saja nak mengusik A’a. Baby faham sebenarnya. Takkan rindu je kot?” tanya Adam.
“Mengadalah Baby ni! Ish. Rindu kat awaklah!!” SMS dibalas kepada Adam.
Beruntunglah anakanda menerima doa seperti ini dari ibunda. Akan anakanda ingat sepanjang hayat anakanda.
Tapi sekarang anakanda tidak menyerlah lagi...kilauan diri anakanda masih samar-samar seperti hujan di kala malam hari yang berhenti dan cahaya bulan masih mencari-cari lagi pancarannya di tengah-tengah bumi ini.
InsyaAllah anakanda mu ini akan mencuba sedaya upaya untuk menyerlah dan bersinar diantara bintang-bintang di langit dan menjadi seseorang yang berkilauan diantara bintang-bintang itu.
My entries inside this blog for this past few days, or weeks or months have been quite boring. Some in my label words of wisdom came from songs...I have no idea this days to write what? My mind and heart is not sync anymore.
I have a self destructive pattern this days. No foods temp me. I lost my appetite. No longer I desire to eat all the delicious foods. Even prawns does not have an effect. I haven't check my weight yet but I don't think a few days of not eating brought any changes to my weight.
Work!Work!Work! I don't even care about it anymore. I have a few commitment to think about, like my bike, my ASB, my insurance, my credit cards but still I am hoping to get a job abroad. I hate it here. I want to go away. Away. Away.
I am what I am. I want to be whom I want to be. I am yours truly...
Please go away bad, bad, bad heart disease.
*I still have 2 new movies I haven't update yet...
-my heart stopped beating -love doesn't exist -loneliness will devour me -mistakes flashback -pain in my left arm and chest -God is Almighty -tears fall to my cheeks -songs in my heart -butterfly in my stomach -rocks on my shoulder -guilt consume me -happiness is no where to be found -feelings turn to gloomy -sadness itches out of chest -hunger is not an issue -dark and lonely road up ahead -wonderful memories flashes in front of my eyes -if i could turn back the time -Raffi Ahmad & Ayushita - Jangan Bilang Tidak -it was too late -shes gone...
Dah beberapa hari tak update blog...So harini rasanya amat sesuai nak bagi update...
Nukilan dimulakan dengan saya bangun seawal 5.30am (ini adalah sangat awal untuk diri ini...tanggungjawab perlu dilaksanakan). Bangun kemudian mandi, solat subuh dan menukar ke persalinan untuk menghadiri interview (iye rakan-rakan, harini saya ada interview...hehe). Memakai baju kemeja berwarna putih berbelang (dibeli di Jaya Jusco Midvalley bersama-sama Maria sebelum ke Brunai awal tahun 2009...*ni nak nampak dramatic ala-ala pembaca dapat merasa sedikit romantis...hee.....
Jam di dinding menunjukkan waktu 6.15 am. Arahan diterima supaya cergas keluar ke LCCT. Uncle Pes nak ke Johor Bahru sebab ada pelancaran buku ibu saudaranya (mak datin@tok datin tak tahulah nak panggil dia apa...ini kakak pada atuk).
Orang akan biasa cakap time subuh katak...inilah dia! Dengan muka yang agak selebet menaiki kereta MyVi berwarna putih menyusur laju di atas Lebuhraya NKVE. Ngantuk tak ingat punya dalam kereta (mana tak mengantuk...tidur pukul 4am...aduhai!) nasib baiklah tak payah drive. Kira-kira dalam pukul 7.10am tiba di LCCT.
Dari LCCT dalam jam 7.15am sebab ada banyak barang perlu diuruskan. Destinasi berikutnya ke Plaza Glomac untuk menghadiri temuduga di syarikat %&$#@ yang bermula jam 9am. Pemanduan sederhana dengan meter kereta berada pada paras 80/90 km/j supaya sampai di destinasi dengan selamat (pemanduan berhemah harini..hee..sebab ngantuk). Bila mata makin lama makin kuyu, menguap nak dekat 10 kali decided untuk singgah di R&R Dengkil. Turun dan order 1 gelas Milo Ais (refreshing rasanya tadi...adakah itu penyebab sakit perut aku ketika ini??). Lepak melepaskan lelah *penat lelah celah mana den tak taulah sambil menghisap karbon monoksida yang tersergam di antara jari telunjuk dan jari hantu tangan kiri aku.
7.45am, menyambung perjalanan ke syarikat &%$#@ untuk sesi temuduga. Sambil mendengar radio (dah lama siot tak dengar lagu dekat radio) Sinar FM, perjalanan dengan kelajuan sederhana dan kuasa enjin kereta membelah angin di kiri dan kanan Lebuhraya NKVE diriku ini banyak berfikir. Kuasa Allah menentukan segalanya, redha dengan apa jua pemberian-Nya.
Tiba didestinasi seterusnya dengan masa berbaki lagi 45minit. Selera makan kurang jadi tak ada breakfast pagi ini tetapi singgah sejenak di sebuah restoran berdekatan dan perkena segelas Milo Tarik (memang ada sindrome gilakan Milo..hee). Jam di tangan menunjukkan pukul 8.50am, bergegas ke aras 1 dan membuka pintu kaca syarikat tersebut. "Assalammualaikum".
Saya hendak berjumpa dengan Ms. *&$%#@ untuk menghadiri temuduga yang telah ditetapkan. Nama saya Brandon (kena tukar watak sebab ini macam cerita dalam mode orang ketiga). Bicara Brandon kepada Receptionist itu.
Di dalam hati Brandon (ni Brandon Fraser tau...yang berlakon filem Mummy tu..hee) receptionist ni macam tak nak kerja je. Pagi-pagi muka masam. Ceh. Tak guna betul.
Sebentar ya En. Brandon, Ms. *&$#@% dalam perjalanan turun dari tingkat atas. Sila duduk ditempat yang disediakan. Jawab receptionist tersebut.
Selang 5 minit ketibaan Brandon, ada lagi seorang candidate tiba. Perempuan. Sama juga beliau diarahkan duduk. "Good Morning you guys" sapa Ms. *&$%#@. "Ambil pas di kaunter reception dan tinggalkan Driving License or your I.C and follow me." kata Ms. *&$%#@. So di sini kamu diberi satu jam untuk mengambil "Aptitude Test" sebelum kamu diinterviewkan. Jam menunjukkan tepat jam 9am.
"Aptitude Test" terdiri dari 40 soalan IQ Test berdasarkan abjad, kemudian 30 soalan IQ Test berdasarkan gambarajah dan terakhir sekali 25 soalan Math. Apa pagi-pagi dah bagi soalan Math?gila ke apa dia orang nih. Bicara Brandon kepada dirinya sendiri. 25 soalan Math dijawab dalam masa 5minit dan selebihnya banyak menikam jawapan. Hee.....
Sesi temuduga bermula jam 11am, dan dimulakan dengan Tell me about yourself...dan segala cerita ditanya, project ni buat apa, macam mana perform test, methodologie apa digunakan, apa step perlu ada, how to create a test plan, test schedule, macam mana deal dengan client. Kalau ada client fussy macam mana nak overcome that, tell how you lead your team member (padahal aku cuma focal person je time tu) and etc. Interview habis jam 11.40am. And sepatutnya dia orang nak buat second interview time tu gak tapi di other manager tengah attend urgent meeting so dia orang cakap dalam next week ada lagi satu session. So apa maksudnya ni??
Habis sesi interview bergerak pulang tetapi sebelum itu ada beberapa benda perlu dilaksanakan sampai kira-kira dalam 2pm nak settlekan everything. Masuk dalam kereta, station Sinar FM sedang berkumandang dan dari corong radio tersebut satu annoucement di buat.
Al-Fatihah kepada Ustaz Asri Ibrahim lead vokal kepada kumpulan nasyid Rabbani yang telah meninggal dunia akibat sakit jantung jam 11am tadi. Innalillah wa inna ila hi ra jiun...Semoga Allah tempatkan beliau bersama-sama orang-orang beriman. Lagu Pergi Tak Kembali memang sesuai didedicatekan kepada beliau dan keluarganya. Hilanglah kita seorang pejuang dan pendakwah Islam di negara kita.
There is truth to this. Saya berharap tidak menyinggung mana-mana pihak yang membaca. Nak berbuat amal sedikit.
Dan sebenarnya, Nabi yang ajarkan yang sedemikian :-
“Sesungguhnya, kematian itu kerehatan bagi orang mukmin”.
Semoga kita berpenat-penat di dunia ini, untuk mendapat kerehatan di akhirat, jangan terlalu berehat di dunia hingga tidak dapat berehat di akhirat.
Tetapi, semoga segala kepenatan, disertai dengan keikhlasan, kerana penat tanpa ikhlas, bermakna, penat di dunia, penat di akhirat.
Yang penting, hati sentiasa berusaha mencari keredhaannya, kerana kita ke syurga,adalah kerana keredhaanya.
“Mencari Kepulangan Yang Diredhai” - petikan dari blog Ustaz Amin
Kalaulah saya orang yang tergolong di dalam kepenatan di dunia dan kerehatan di akhirat alangkah bertuahnya nasib badan ini.
Bukan senang nak capai tahap ini. Kerja yang dilakukan tak pernah ikhlas semata-mata kerana Allah swt. Bekerja itu merupakan suatu ibadah. Ia bukan hak milik seorang manusia diantara manusia yang lain. Allah yang telah memberikan hamba-hambanya rezeki berupa pekerjaan. Pernahkah kita berniat kerja semata-mata kerana Allah? Atau kita hanya bekerja kerana kesenangan dunia. MasyaAllah. Allah itu Maha Hebat. Kalaulah kita bekerja pada waktu hanya untuk Dia, alangkah baiknya. Berlipat kali ganda rezeki yang dia berikan.
Subahanallah. Selama ini tak pernah terdetik dengan niat tersebut. Mudah-mudahan di masa hadapan kita akan melakukan setiap pekerjaan semata-mata kerana Allah. Bukan kerana ingin hidup senang, buat kerja kerana Allah senanglah hidup kita. Logik fikiran yang ringkas. Tapi susah untuk meningati perkara ini sebab dah lumrah makhluk yang dinamakan manusia untuk lalai.
Tak perlu rasanya di kupas dengan lebih panjang. Ini hanya sekadar berkongsi. Jikalau diberi oleh Allah untuk membuka pintu hati saya menuju ke arah ini. Saya amat berbesar hati. Melakukan setiap perkara di dunia ini ikhlas semata-mata untuk Allah swt.
"Alang-alang dah berhenti kerja, applylah kat BBC untuk show Top Gear."
Erkk!!! Boleh pakai ke peribahasa ni???
Transformasi ke arah berangan ala Mat Jenin: Situasinya...
From a far a RED Ferrari is coming...The engine Roars like an angry lion right in front of the Irish Pub in Central London. DUP! The car door shuts...A nice build with six pack guy came out of the car and he is pulling off the helmet he wore.
"Hey there Lads!" said this handsome young fella.
*picture all this situation with British accent.
Yeah! Hi Aizat. Welcome aboard to our show. What you got there? said the colleugue.
Oh! This piece of junk? Yeah it's the new Ferrari what not...they haven't come out with a name yet (chuckles) said the handsome young fella named Aizat.
Ok...Enough of beranganing...Back to reality...and NO WAY! I'm going to do that...Erkkk! or Ewww! I can't decide...hee...
Today I slept around 5a.m...suppose to wait for Subuh while playing PES2009 on my PSP...but I woke up when Maria called me at 12.53pm...man...I woke up and still holding my PSP...Darn it!!!
Bangun selepas berborak ngan Maria (cover line cakap dah bangun awal...tp tertido balik..hee..) keluar bilik tengok-tengok lunch is served...Nyum!Nyum! Kuah kari ikan bersama sambal belacan dihidangkan...Menjamu selera (tak sempat nak gosok gigi tuh...hee). Cukuplah ratah lauk.
After lunch...ingat macam nak mandi...tapi mata ni tertumpu dekat PC yang tersergam indah...dengan tidak melengahkan masa...PC ku diterpa dan terus melayari www.facebook.com...indah sekali...hee
About a while jugalah layan internet...Facebooking, open up all my email accounts (yahoo, hotmail, NGA mail, Gmail..yg ni tak tau naper nak dibukaknya sedangkan tau takde orang pun akan email kat situ...dicreate Gmail semata-mata untuk blog nih...aihh!!!).
Mood nak mandi berkunjung tiba apabila terasa sudah sampai masanya melaburkan saham yang telah dibeli tadi...erkk...betul rasenya apa aku cakap ni...masuk ke kamar mandi...air shower yang sejuk membasahi kulit...Wah!Segar sungguh rasanya...sambil mengenakan conditioner Pantene...(kalau rasa nak bayangkan macam mana...ala-ala mandi dalam iklan kat TV tulaa...hee).
Setelah rasa diri ini suci dari hadas...dan memandangkan semalam ada terima email menyuruh aku mengupdate CV dengan format dari sebuah company ni..(company ini agak famous gaklah...tp belum boleh disclose lagi company apa sehingga sudah betul-betul confirm...hee). Aku pun mengupdate CV diriku ini..dan terus menghantarkannya kepada bahagian recruitment sebuah company ni...Doakan kejayaan bagi diriku ini ya kawan-kawan, sahabat handai, family for that matter.
Habis je mengupdate CV, buka email yang diberi oleh Abid to all the company in Malaysia punya list of people incharge in recruitment, HR and pelbagailah. Browse through...then terasa tekak ini dahaga...start enjin motosikal...Vroom!Vroom! ke kedai depan dan menikmati air teh ais yang mantap...Alhamdulillah
After I have think through all the possibilities I could get...I have decided that yesterday was my last day with NorthgateArinso. Saya sudah makan hati and takda niat nak sambung contract baru. I also didn't want to wait for the new salary revise. So today I will email my resignation letter to my testing manager in NgA and hope for the best.
Yang bagi rezeki Allah bukan manusia so lepas ni I will work things out. Usaha mencari kerja baru..buat sikit kerja sampingan..dan banyakkan Tawakkal..itu jelah benda yang terbaik buat masa ini.
After 3 weeks of suffering, uncertainty finally today I get to breath again...Alhamdulillah...
Lets hope for the best and wish me goodluck for my future undertakings...