Sunday, August 9, 2009

Berehat Di Kubur

"Resting in the Graveyard"

There is truth to this. Saya berharap tidak menyinggung mana-mana pihak yang membaca. Nak berbuat amal sedikit.

Dan sebenarnya, Nabi yang ajarkan yang sedemikian :-

“Sesungguhnya, kematian itu kerehatan bagi orang mukmin”.

Semoga kita berpenat-penat di dunia ini, untuk mendapat kerehatan di akhirat, jangan terlalu berehat di dunia hingga tidak dapat berehat di akhirat.

Tetapi, semoga segala kepenatan, disertai dengan keikhlasan, kerana penat tanpa ikhlas, bermakna, penat di dunia, penat di akhirat.

Yang penting, hati sentiasa berusaha mencari keredhaannya, kerana kita ke syurga,adalah kerana keredhaanya.

“Mencari Kepulangan Yang Diredhai” - petikan dari blog Ustaz Amin

Kalaulah saya orang yang tergolong di dalam kepenatan di dunia dan kerehatan di akhirat alangkah bertuahnya nasib badan ini.

Bukan senang nak capai tahap ini. Kerja yang dilakukan tak pernah ikhlas semata-mata kerana Allah swt. Bekerja itu merupakan suatu ibadah. Ia bukan hak milik seorang manusia diantara manusia yang lain. Allah yang telah memberikan hamba-hambanya rezeki berupa pekerjaan. Pernahkah kita berniat kerja semata-mata kerana Allah? Atau kita hanya bekerja kerana kesenangan dunia. MasyaAllah. Allah itu Maha Hebat. Kalaulah kita bekerja pada waktu hanya untuk Dia, alangkah baiknya. Berlipat kali ganda rezeki yang dia berikan.

Subahanallah. Selama ini tak pernah terdetik dengan niat tersebut. Mudah-mudahan di masa hadapan kita akan melakukan setiap pekerjaan semata-mata kerana Allah. Bukan kerana ingin hidup senang, buat kerja kerana Allah senanglah hidup kita. Logik fikiran yang ringkas. Tapi susah untuk meningati perkara ini sebab dah lumrah makhluk yang dinamakan manusia untuk lalai.

Tak perlu rasanya di kupas dengan lebih panjang. Ini hanya sekadar berkongsi. Jikalau diberi oleh Allah untuk membuka pintu hati saya menuju ke arah ini. Saya amat berbesar hati. Melakukan setiap perkara di dunia ini ikhlas semata-mata untuk Allah swt.

Semoga entry kali ini memberi sedikit keinsafan.

2 comments:

mrs Fahmi said...

memang betol....if so happen that we have an untimely death in the family, it is indeed an eye opener....just a reminder that hey...there are more in this world apart from materials

Half-Blood Maleh said...

thats true..sad kan macam ni..still sometimes we cannot accept the fact that everything we did in this world just for this world not for the after life..huhu