Thursday, August 20, 2009

Kata Ibunda

Aby, Doa restu sepanjang hidup Aby dari Mak:

Yang kendi itu Emas,

Yang merah itu Saga,

Yang menjadi itu Kemas,

Yang menyerlah itu Anakanda.

14 November 2005/ 12 Syawal 1426

Isnin, 11:03:42.

Beruntunglah anakanda menerima doa seperti ini dari ibunda. Akan anakanda ingat sepanjang hayat anakanda.

Tapi sekarang anakanda tidak menyerlah lagi...kilauan diri anakanda masih samar-samar seperti hujan di kala malam hari yang berhenti dan cahaya bulan masih mencari-cari lagi pancarannya di tengah-tengah bumi ini.

InsyaAllah anakanda mu ini akan mencuba sedaya upaya untuk menyerlah dan bersinar diantara bintang-bintang di langit dan menjadi seseorang yang berkilauan diantara bintang-bintang itu.

1 comment:

Nazhatulshima N said...

Hey,whatever happened to you dear cousin? I almost cried reading this.

Setiap kejadian ada hikmahnya. Begitu juga hujan dan bulan. Hujan membawa rahmat dan tanpa bulan,malam juga tidak berseri.

Every cloud has its silver lining.

Cuba amalkan solat sunat dhuha.