Thursday, August 13, 2009

LCCT, Aptitude Test and Pergi Tak Kembali

Dah beberapa hari tak update blog...So harini rasanya amat sesuai nak bagi update...

Nukilan dimulakan dengan saya bangun seawal 5.30am (ini adalah sangat awal untuk diri ini...tanggungjawab perlu dilaksanakan). Bangun kemudian mandi, solat subuh dan menukar ke persalinan untuk menghadiri interview (iye rakan-rakan, harini saya ada interview...hehe). Memakai baju kemeja berwarna putih berbelang (dibeli di Jaya Jusco Midvalley bersama-sama Maria sebelum ke Brunai awal tahun 2009...*ni nak nampak dramatic ala-ala pembaca dapat merasa sedikit romantis...hee.....

Jam di dinding menunjukkan waktu 6.15 am. Arahan diterima supaya cergas keluar ke LCCT. Uncle Pes nak ke Johor Bahru sebab ada pelancaran buku ibu saudaranya (mak datin@tok datin tak tahulah nak panggil dia apa...ini kakak pada atuk).

Orang akan biasa cakap time subuh katak...inilah dia! Dengan muka yang agak selebet menaiki kereta MyVi berwarna putih menyusur laju di atas Lebuhraya NKVE. Ngantuk tak ingat punya dalam kereta (mana tak mengantuk...tidur pukul 4am...aduhai!) nasib baiklah tak payah drive. Kira-kira dalam pukul 7.10am tiba di LCCT.

Dari LCCT dalam jam 7.15am sebab ada banyak barang perlu diuruskan. Destinasi berikutnya ke Plaza Glomac untuk menghadiri temuduga di syarikat %&$#@ yang bermula jam 9am. Pemanduan sederhana dengan meter kereta berada pada paras 80/90 km/j supaya sampai di destinasi dengan selamat (pemanduan berhemah harini..hee..sebab ngantuk). Bila mata makin lama makin kuyu, menguap nak dekat 10 kali decided untuk singgah di R&R Dengkil. Turun dan order 1 gelas Milo Ais (refreshing rasanya tadi...adakah itu penyebab sakit perut aku ketika ini??). Lepak melepaskan lelah *penat lelah celah mana den tak taulah sambil menghisap karbon monoksida yang tersergam di antara jari telunjuk dan jari hantu tangan kiri aku.

7.45am, menyambung perjalanan ke syarikat &%$#@ untuk sesi temuduga. Sambil mendengar radio (dah lama siot tak dengar lagu dekat radio) Sinar FM, perjalanan dengan kelajuan sederhana dan kuasa enjin kereta membelah angin di kiri dan kanan Lebuhraya NKVE diriku ini banyak berfikir. Kuasa Allah menentukan segalanya, redha dengan apa jua pemberian-Nya.

Tiba didestinasi seterusnya dengan masa berbaki lagi 45minit. Selera makan kurang jadi tak ada breakfast pagi ini tetapi singgah sejenak di sebuah restoran berdekatan dan perkena segelas Milo Tarik (memang ada sindrome gilakan Milo..hee). Jam di tangan menunjukkan pukul 8.50am, bergegas ke aras 1 dan membuka pintu kaca syarikat tersebut. "Assalammualaikum".

Saya hendak berjumpa dengan Ms. *&$%#@ untuk menghadiri temuduga yang telah ditetapkan. Nama saya Brandon (kena tukar watak sebab ini macam cerita dalam mode orang ketiga). Bicara Brandon kepada Receptionist itu.

Di dalam hati Brandon (ni Brandon Fraser tau...yang berlakon filem Mummy tu..hee) receptionist ni macam tak nak kerja je. Pagi-pagi muka masam. Ceh. Tak guna betul.

Sebentar ya En. Brandon, Ms. *&$#@% dalam perjalanan turun dari tingkat atas. Sila duduk ditempat yang disediakan. Jawab receptionist tersebut.

Selang 5 minit ketibaan Brandon, ada lagi seorang candidate tiba. Perempuan. Sama juga beliau diarahkan duduk. "Good Morning you guys" sapa Ms. *&$%#@. "Ambil pas di kaunter reception dan tinggalkan Driving License or your I.C and follow me." kata Ms. *&$%#@. So di sini kamu diberi satu jam untuk mengambil "Aptitude Test" sebelum kamu diinterviewkan. Jam menunjukkan tepat jam 9am.

"Aptitude Test" terdiri dari 40 soalan IQ Test berdasarkan abjad, kemudian 30 soalan IQ Test berdasarkan gambarajah dan terakhir sekali 25 soalan Math. Apa pagi-pagi dah bagi soalan Math?gila ke apa dia orang nih. Bicara Brandon kepada dirinya sendiri. 25 soalan Math dijawab dalam masa 5minit dan selebihnya banyak menikam jawapan. Hee.....

Sesi temuduga bermula jam 11am, dan dimulakan dengan Tell me about yourself...dan segala cerita ditanya, project ni buat apa, macam mana perform test, methodologie apa digunakan, apa step perlu ada, how to create a test plan, test schedule, macam mana deal dengan client. Kalau ada client fussy macam mana nak overcome that, tell how you lead your team member (padahal aku cuma focal person je time tu) and etc. Interview habis jam 11.40am. And sepatutnya dia orang nak buat second interview time tu gak tapi di other manager tengah attend urgent meeting so dia orang cakap dalam next week ada lagi satu session. So apa maksudnya ni??

Habis sesi interview bergerak pulang tetapi sebelum itu ada beberapa benda perlu dilaksanakan sampai kira-kira dalam 2pm nak settlekan everything. Masuk dalam kereta, station Sinar FM sedang berkumandang dan dari corong radio tersebut satu annoucement di buat.

Al-Fatihah kepada Ustaz Asri Ibrahim lead vokal kepada kumpulan nasyid Rabbani yang telah meninggal dunia akibat sakit jantung jam 11am tadi. Innalillah wa inna ila hi ra jiun...Semoga Allah tempatkan beliau bersama-sama orang-orang beriman. Lagu Pergi Tak Kembali memang sesuai didedicatekan kepada beliau dan keluarganya. Hilanglah kita seorang pejuang dan pendakwah Islam di negara kita.

2 comments:

cical said...

hoh.iv!!!

EON carik orang.hahahha

http://my.jobstreet.com/jobs/2009/8/e/10/876904.htm?fr=J

mrs Fahmi said...

try scomi!