Friday, August 21, 2009

Warkah untuk Farha

"Baby, A'a nak mengadu ni. Bear yang tergantung kat handphone A'a ni kena kuah asam pedas. A'a tak perasan. Habis baju A'a pun kena sebab tadi A'a letak handphone atas lap A'a. Dahlah this is my favourite baju kurung. Sedihnya." tertera di paparan handphone Adam.

"A'a ni careless sangat. Bukan A'a selalu letak handphone dalam poket ke? Takpa. Sekejap lagi A'a pergi cuci bear tu, lepas tu balik nanti basuh kain baju kurung. Don't worry everything will be fine. Janganlah gelabah sangat ok? Sekarang ni tengah buat apa ni?" balas Adam.

"I know I shouldn't say this but I miss you already." kelihatan ayat dihandphone Adam.

Setahun sebelum.....

Kelihatan Adam bersama teman wanitanya di Cafe Admin sedang minum petang bersama-sama dengan beliau rakan karibnya Nazli. Mereka berbual dengan rancak sekali tentang exam yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Tit.Tit!Tit.Tit! Kedengaran bunyi handphone Adam. "Adam, malam ni datang kolej aku sekejap ada hal aku nak bincang dengan kau - Yasir."

Lina bertanya "Siapa message awak tu?"

"Yasir. Entahlah apa dia nak. Dia cakap malam ni datang kolej TS dia nak jumpa sebab ada hal dia nak bincang. Hal apa saya pun tak tau. Mungkin nak buat jamuan agaknya." jawab Adam.

Sampai di tangga Kolej Simanja Kini, Nazli sudah berada jauh dihadapan menuju ke kolej lelaki yang berdekatan. "Malam ni awak nak keluar makan tak kat benteng TS?" tanya Adam.

"Eh bukan awak nak pergi jumpa Yasir ke malam ni?" jawab Lina.

"Saya rasa nak jumpa dia dekat benteng TS jelah. Malas pula rasanya nak ke bilik dia. Lama nanti nak kena bincang. Ini pun ada assignment saya tak habis lagi. Awak ikut sekali nanti tak adalah nak kena jumpa dia lama sangat. Boleh ek kita keluar makan sekali malam ni? Lepas Maghrib dalam pukul 7.45pm saya tunggu awak kat sini." balas Adam.

Selepas melihat Lina menaiki tangga ke biliknya di Wing 2B, Adam bergegas ke arah biliknya di kolej Sempana Riau. Sampai beliau di biliknya, kelihatan Gaybat sedang duduk dihadapan PC Adam. Gaybat merupakan sahabat karib pada Adam sejak dari semester 1 lagi. Nama sebenar beliau Muhammad Burhan Bin Zakaria. Di gelar Gaybat sebab senior sewaktu mereka di semester 1 dahulu memberinya nicknamed tersebut.


"Adam, bila kita nak start buat assignment Encik Razak ni? Aku macam malas pun ada sekarang. Nak kena hantar hari Jumaat ni. Ni dah hari Rabu." sapa Gaybat.

"Bat, malam ni kau pergi lab kat BK carikan aku artikel. Sebanyak mungkinlah kalau boleh. Then nanti dalam kul 11pm aku turun bilik kau ambil all those articles. Kau cari bahan, aku tolong siapkan assignment tu. Aku bab menggoreng ni sukalah. Kau pun tau kan I hate looking for all those articles." jawab Adam.

"Gua okay je. Janji lu siapkan gua tak ada hal. Set babe." kata Gaybat.

Sejurus kemudian Adam mencapai tualanya yang tersidai di atas penghadang katil 2 tingkat dan mengambil baldinya didalam loker menuju ke arah bilik air. Bilik Adam bernombor SR326 bersebelahan dengan tandas Wing 3B.

Selesai mandi, jam menunjukkan 7.25pm beliau memakai pakaiannya dan bersolat Maghrib. Sejak beliau berkenalan dengan Lina iaitu teman wanitanya banyak perubahan yang boleh dilihat. Adam suatu ketika dahulu amat degil orangnya. Tidak mendengar kata. Selalu sahaja beliau membentak-bentak kakinya apabila tidak dapat apa yang diingininya. Malahan amrarahnya selalu tidak terkawal. Sering kali kedengaran maki-hamun dan ayat-ayat kesat digunakkan terhadap sesiapa sahaja yang tidak mengikuti kehendak beliau.

Adam di zaman sekolahnya amat pentingkan pelajaran dan seringkali memperoleh keputusan peperiksaan yang membanggakan sehinggalah pada suatu hari beliau bertemu dengan seorang gadis yang merubah hidupnya. Didalam persahabatan beliau dengan gadis tersebut Adam menjadi seorang remaja yang lupa diri. Mudah terpengaruh dengan perkara-perkara melemahkan minda dan hati seseorang apabila imannya senipis kulit bawang.

Gadis tersebut telah memperdaya Adam. Wang ringgit, hatinya, maruah beliau dihadapan rakan-rakannya diragut begitu sahaja. Tanpa rasa belas kasihan gadis itu mempergunakannya. Bermulalah episod hidupnya yang penuh dengan pelbagai kisah meruntun keperibadian Adam.

Adam tamat zaman persekolahannya dan mendapat tempat untuk memasuki sebuah universiti. Disini beliau berazam untuk melupakan kisah silam. Memulakan kehidupan yang lebih bermakna. Dari seorang pelajar yang mengambil jurusan sains sewaktu di sekolah dahulu beliau bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Tapi apakan daya dari apa yang dicitakannya dahulu hanya menjadi angan-angan yang tak mungkin tercapai.

Adam jauh tampak berbeza dan bersungguh-sungguh untuk berubah sehinggalah pada ketika cuti pertengahan semester universiti tersebut. Beliau pulang ke kampung halaman seperti kebanyakkan mahasiswa dan mahasiswi apabila mulanya cuti semester. Pada suatu malam, beliau bersama-sama kakaknya sedang mencari-cari warung makan tiba-tiba selang 2 buah kenderaan dihadapan kenderaan mereka sebuah kereta yang dikenali berhenti untuk menunggu lampu isyarat merah.

"Apa abah buat dengan perempuan tu? Siapa perempuan tu?" tanya Adam kepada kakaknya.

Sejak dari peristiwa pada malam itu. Adam berubah kembali kepada perangai lamanya. Beliau merasakan dirinya hilang arah kembali. Solat ditinggalkan. Puasa dilupakan. Pelajaran di universiti semakin dijauhkan. Pada tahun itu juga ibubapanya berpisah. Beliau diberhentikan daripada universiti. Sudah jatuh ditimpa tangga.

Hampir setahun beliau hidup terumbang-ambing. Seperti seorang nakhoda kapal belayar tanpa arah. Hidup Adam semakin hari dihimpit oleh permasalahan. Moral dan akidah dirinya sudah semakin jauh dari landasan Islam. Hidupnya ketika itu banyak dibebani maksiat. Sehinggalah suatu hari beliau mendapat telefon dari orang yang Adam paling sayangi. Datuk beliau.

"Adam. Atuk nak cakap sikit ni. Sampai bila Adam nak ikutkan perasaan Adam. Adam dah matang, Adam patut dah boleh buat keputusan yang lebih baik. Selama ini, atuk yang menjaga Adam. Dari kecil hinggalah sekarang ini. Apa benda Adam minta, atuk tunaikan. Atuk dah didik Adam, ajarkan agama Islam. Sekarang Adam fikirkan. Kalaulah atuk tak ada nanti." kata-kata atuknya dipintas oleh Adam.

"Atuk. Jangan cakap macam tu. Adam lagilah tak tahu macam mana perasaan Adam kalau atuk tiada nanti." celah Adam.

"Adam. Dengar pesanan atuk ni. Kalau atuk kembali menghadap Allah nanti, segala tingkah laku Adam atuk yang akan bertanggungjawab. Salah dan silap kamu atuk yang akan tanggung. Awak dibesarkan oleh atuk. Perwatakan dan tingkah laku awak atuk yang bentukkan. Memang parents awak yang sepatutnya memikul tanggungjawab ni. Tapi atuk dah anggap awak macam anak sendiri. Adam. Pesanan atuk senang sahaja. Adam jangan lupa Allah. Itu yang paling penting. Ingat itu Adam." bicara datuk Adam.

Terngiang-ngiang didalam fikiran Adam pesanan datuknya setelah beliau menunaikan solat Maghrib. Jangan lupa Allah. Tersentap hatinya terkenangkan datuknya. Lantas dia mencapai handphonenya di atas meja dan terus membuat panggilan.

"Assalamualaikum, tengah buat apa?" Adam memulakan perbicaraan.

"Waalaikumussalam. Tengah bersiap. Dah ada dekat bawah ke?" balas Lina dihujung talian.

"Belum lagi. Saya dah nak turun dah ni. Kita jumpa dekat bawah dalam 5 minit. Ok?" kata Adam.

"Baiklah. See you in 5 minutes." balas Lina.

Adam bergegas bersiap untuk bertemu Lina di bawah tangga kolej Si Manja Kini. Apabila beliau tiba disana didapati Lina sedang setia menunggunya dengan pandangan penuh manja diberikan kepada Adam.

"Awak dah lama tunggu?" tanya Adam.

"Taklah. Saya baru sahaja turun. Dah bagitau dekat Yasir kita jumpa dia dekat benteng je? " jawab Lina.

“Dah.” balas Adam.

Di hadapan cermin Adam sedang membelek wajahnya. Raut wajahnya sedang menunjukkan beliau gemuruh dan ketakutan. Ini bukan kali pertama beliau berucap dihadapan orang ramai tetapi situasi kali ini berbeza dengan sebelum ini. Jikalau sebelum ini skrip sudah disediakan dan beliau hanya perlu melontarkan kata-kata didalam skrip untuk menawan hati para hakim.

Adam kemas berbaju kemeja biru dan berseluar slack hitam mencapai blazer yang dipinjam menuju ke dataran sambil diiringi Gaybat dan Delap. Delap teman sekelas Adam dan Gaybat sejak dari semester 1. Jantung Adam berdetak laju dengan setiap langkah di ambil nya. Dahinya berpeluh sejuk ketakutan hanya Selawat menjadi iringan supaya dapat menenangkan jiwanya yang gusar.

Inilah kali pertama Adam menyertai pilihanraya kampus setelah dicadangkan oleh Yasir. Malam ini adalah malam Manifesto. Semua calon-calon perwakilan pelajar dari setiap program akan berucap dihadapan pelajar-pelajar lain untuk meraih undi. Memang suatu tugas yang mencabar.

“My only wish is for the students of accounting to trust me to lead all you in the near future. Thank you for lending me your ears. Goodnight.” Ucapan dari seorang pelajar jurusan perakaunan.

“Yasir. Siapa budak tu? Course apa? Kolej mana? Siap speaking bagai. Poyonya. Cakap melayu tak reti ke apa? Berlagak gila.” soal Adam.

“Kau ni, apasal tak puas hati sangat? Biarlah dia nak cakap apa pun. Sambil tertawa. Dia tu budak course Accounting. Budak Baiduri tak silap aku dia Penolong Setiausaha JPK kat sana. Dah menjawab persoalan kau?” balas Yasir.

“Belum.” jawab Adam sambil termenung jauh.

“Apa pulak lagi yang belum?” tanya Yasir.

“Apa nama dia?” soal Adam.

“Farha.” balas Yasir.

Bersambung.....

“Ermm. A’a rindu kot. Ssh! Jangan cakap dengan orang tau?Hehe..” Adam membaca SMS beliau.

“Susah? Rindu pun susah ke? Baby tak fahamlah.” balas Adam.

“Hehe. A’a cakap A’a rindu kot kat orang tu. Tak paham gak ke? Ssh (suruh senyap jangan bagitau orang lain) bukan susahlah.” SMS diterima Adam kembali.

“Hahaha. Saja nak mengusik A’a. Baby faham sebenarnya. Takkan rindu je kot?” tanya Adam.

“Mengadalah Baby ni! Ish. Rindu kat awaklah!!” SMS dibalas kepada Adam.

4 comments:

Imran Syafik said...
This comment has been removed by the author.
Nazhatulshima N said...

Cakap dengan Adam ingat pesan Atuk. Hanya Allah tempat mengadu dan meminta pertolongan.

aNaS said...

en. penulis, sila la cecepat sambung cerpen nih..saye suke membacanya..

Half-Blood Maleh said...

siri kedua mungkin akan menyusul dalam minggu depan..nantikan..hehe